Loading...

Monday, March 3, 2014

CYBER BULLY OR SUPPORT KEMUNGKARAN?

Rasa nya macam dah tujuh tahun tak update any post. Even entry about my wedding. Daaahh, i'm so busssyyy being a real housewife *busy sangat

Hari ini terdetik hati nak update sebab dah lama sangat menjeruk perasaan. Jari pon dah kematu lama dah tak exercise. *yaa right

Tadi terbaca satu post from this one famous blogger. Well, i know everyone have personal opinion and kefahaman sendiri. This is just mine. (Tak suke, keluar Malaysia. Why bother) *ini tibe tibe je

Apa yang sebenar aku dan korang faham tentang CYBER BULLY?
Aku bagi contoh kes Nabil dengan Luna Maya.

Nabil cakap "Google nama Luna Maya keluar gambarr je.."

Betul tak kebenaran ni?
Cuba korang google Melayu Boleh, keluar tak kebenaran yang sama?
Cuba Google pulak India Boleh dengan Cina Boleh, keluar tak gambar asal boleh je?
Asal melayu tak sentap tweet terase dengan Google? *cetpodahh
Sebab melayu itu sendiri yang membuat  ketahian kan.
Why just you bear in minds people will make fun of it?

Pelik kan bila kesalahan or maybe kesalahan bodoh sangat tak boleh di bahas atau di bahan kan?
Ok, cuba aku pakai kasut Luna Maya. Sedih lah kan di persendakan maruah kita yang sememang nya dah tercalar. Tapi if aku Luna Maya, after that tragedy aku berubah baik sikit pakaian dan baik sikit social life, yelah aku marah Nabil bahan aku. Kalau aku Luna Maya still free hair but pakai elok dah sikit, social life pon elok dah sikit, yelah aku nak lah jugak marah. Ok itu lantak dia.
Tapi korang yang back up kaw kaw shit dah kenapa? *even majoriti of them is Indonesian.duhh

Aku banyak kali tanya husband aku, Luna Maya tu islam ke b? Well, muka dia mcam Caucasian kan. Kot kot lah bukan. Then aku terfikir, kenapa dia tak terfikir dia tu retis femes gilo babeng memang risiko if leak video impak dia macam impak filem 2012 kena trolll lol lol?

Time ni aku dah tak terfikir pon dia akan fikir dia tu islam dan perbuatan dia tu salah memang haram zina kau tak boleh buat. Masalah nya dia tak tahu ke dia tu siapa? Dia tak tahu ke yang dia retis? Retis siap cun lagi opkos jutaan stalker, hater and followers baii. PEREMPUAN pulak tu.

Ok sekarang, benda dah jadi. Video dah leak. Yang sebar kan nya INDONESIAN. Dari satu file ke satu file. Dari satu copy ke puluhan copy. Jadi viral among Asia lah kot time tu. Yang marah kita bahan kan pon majoriti INDONESIAN. Dah kenapa korang tak berusaha dalam country kau sendirik time tu jangan sebar kan if sayangggg sangat Luna Maya ter touching?

Persoalan nya sekarang. BETUL atau SALAH korang bash Nabil kaw kaw sebab bahan kan isu ini?

Honestly weh, kalau LUNA MAYA sekarang baik gilo macam IRMA HASMIE. Malam tu jugak aku kumpulkan likersssssss buat page baru BOIKOT NABIL PERVERT tengok porn. Advertise page ni lagi hebat dari advertise 1. 
1 ape? Satu ape tak tahu? Tak sayang PM betul hangpa semua ni :P
1 MALAYSIA lahhhh.. 
Lagi hebat advertise kalah slogan 1 Malaysia.

Come on lah weh, kau bash Nabil sampai ugut anak bini sumpah tak cerdik sangat.
Ape Nabil buat memang salah. Memang ada isu sensitip tak boleh di bahan kan. Unless kau jenis tak terase. Tak update tweet cakap terase, or update tweet :

 "takde hal bro lu nak bahan gua untuk suke suke ke untuk pengajaran jangan rakam video tutt, gua takde hal lah" 

Nampak tak jenis sarcasm lagi better? Jenis ni pon boleh elak  kan cyber bully rather than update "i terasee youu.." *whatever

Kau sokong orang yang halamakk aii. Dalam Google ke, luar dari Google same jerrrrr ghupe. 
Yelah kan, aku tak hairan Indonesia ni sokong benda benda "kalau Google keluar gambarr je" sebab diorang, Maria Ozawa pon jadi sweetheart diorang. Gila kau tak back up kaw kaw.
Yang kau Melayu apehal gie sokong sampai nak samakan isteri nabil pon 2x5. Bila pulak bini dia jadi bahan korang nak Google? 
Ini cyber bully. Menurut aku lah.
Bash, condemn sampai tak jadi buat lawak kau. Hilang satu scene lawak. Ini betul cyber bully. Efek real life. Sampai berbaur ugutan. Betul betul cyber bully.



Ingat ape? Aku tak pernah rasa macam mana jadi magsa cyber bully di bahan kan oleh orang lain di alam maya? 
Hal luar bawak ke dalam tenet. Tak berani face to face, kondem dalam tenet. Ajak member share/like bagai. Ini cyber bully. Orang yang mencyber bully aku tu pon ahli ahli nye tak bff pon forever. Pon kutuk kutuk each other on tenet gak. Haha. Lawak nye dunia.
Even time tu aku ade kawan rapat yang tahu buruk luar dalam that cyber bully, siap femes blogger nak tolong revenge, aku tak buat pon. Sebab 1 je. 

INGAT LAH, MONYET AJUK PERBUATAN KITA SEBAB DIA NAK KITA JADI MACAM DIA 
So faham kan? Jangan balas yang sama. 



Tersasar jauh dah ni bebel, kena u-turn balik back to the topic.
Korang tahu tak perbezaan CYBER BULLY atau SUPPORT KEMUNGKARAN/MAKSIAT?

Contoh enh, aku retis. *retis dohhh haku.haha
Update gambar pakai baju sendat,ketat dan lagi terangkat. 
GAMBAR PON CONTOH IRAS IRAS TRENDS SEKARANG PUNYA CAPTION.
Then aku taip "Don't judge people by it's appearance. Allah s.w.t knows better"

"Don't judge people by it's appearance.
Allah knows better"

Dengg, seriously???
Ok fine. Allah knows better. Ayat tu memang betul. But you forgot this :



Ingat tuhan time nak buat dosa. Gila kau...trends sekrang ni wehh.
Ig femes ke, instant retis ke, baru up nak jadi retis ke. Memang trends giniyh sekarang.
Update dosa tapi siap ingat Tuhan, plus reminds other she/he knows better about her sin. INI TRENDS.
Kau tak tahu, memang hari hari duduk bawah meja lah ni babe.
Ok, persoalan nya sekarang. 
Bila komentar mengomen gambar tersebut. Jeng jeng jeng.
Korang tergolong dalam cyber bully or support kemungkaran/maksiat?

I bagi contoh lagi yea you olls.

KOMENTAR 1 : "Wow, you nampak gojes dear. Keep it up darl!" (emoticon mata love love)

KOMENTAR 2 : "Sis, you guna apps ape ni?"

KOMENTAR 3 : "Untungg nye boyprenn you sis!!! Hot dan cantik lagi. You amik supplement cantik ape..kongsi lah sis...." (emoticon monyet tutup mata malu)

KOMENTAR 4 : "Masya'Allah..cantik nya ciptaan Allah. Sis Temah, if you pakai tudung lagi cantik dear.. I wish you some how to be good one day.." (emoticon senyum pipi merah merah)

KOMENTAR 5 : "Sis Temah you pakai syampo ape yea? Rambut you tengah keringgg terikk panas pon nampak softt gitu. Reply pleaseee"

SIS TEMAH : "Hye darl, @komentar5.. Syampoo ni memang bagus. Kalis haba and UV protection. I pakai syampoo kucing i. Ni ig dia. @kucinghaku. Free postage this month. Hurry grab one!" 

KOMENTAR 5 : "OMG you reply lahh! Oh yeke this syampoo so good. So if you pakai syampoo ni kalis haba...so nanti kalis api neraka tak sekali?"

KOMENTAR 6 : "DOSA MASING MASING, KUBUR PON ASING ASING. JAGA ADAB CAKAP AND JAGA DOSA SENDIRI LAH BABE. Sis Temah is a good person ok. I kenal dia"

KOMENTAR 7 : "Eh, mak kau tak ajar ke pakai baju elok sikit. Caption macam ciii***"

KOMENTAR 8 : "Pelik lah orang orang yang tak suka orang tak pakai tudung ni. Diorang tak suruh pon korang follow. Yang korang stalk pastu nak bajet alim. Dah kenape? Pergilah instagram orang pakai tudung kalau taknak mata tu buat dosa. Ape pon tak bolehh melayu sama melayu nak jatuh kan melayu"

Haha! 
So which one komentar kita yang cyber bully or support maksiat?
I know you can differentiate a way better than me.
Boleh suruh orang kipidap (KEEP IT UP) perkara mungkar. Korang kira menyumbang dosa tak if bagi semangat dan komen macam ni? Ade tak saham korang sekali dalam dosa diorang?

Kalau kita tak mampu tegur kemungkaran, jangan jadi supporters kepada iblis. Jangan support kemungkaran.
Kalau kita tak mampu cakap perkara yang elok, jangan maki, jangan mencarut tutt tutt atau di sakiti saudara sesama islam itu dengan perit tajam nya teguran mu. *ececehh teguran mu ni pongg
Barangkali dia akan jadi lebih memberontak. Bagi dia, sedangkan yang menutup aurat itu lemparan kata kata nya penuh benci dan nista, kenapa harus aku jadi baik? Aku tidak punyai ayat se nista itu walau aku memaling muka dari suruhan tuhan.

This is very complicated. Seriously complicated. I used to be like 'em before. I know how its feel bila orang tanya where is my scarf? Why don't you wear it? Even Chinese asked me once why sesetengah melayu pakai tudung, sesetengah tak pakai? 
But honestly, saya tak pernah jawab lagi KUBUR MASING MASING. 
Takut mati terdampar tepi mana mana sudut, reput di situ tanpa ade siapa tahu di mana kubur nya. Mana hilang nya mayat yang dulu megah berbicara kubur masing masing tapi bila mati tidak mampu bangkit kan diri masuk dalam lubang kubur sendiri.

Korang yang suka jawab dosa pahala kubur masing masing tak pernah terfikir macam mana tuhan nak uji ayat ni berkesan ke tak pada korang? Tak takut dengan bongkak cakap macam ni?
Nauzubillah min zalik.

On my experience, bila saya sedar kewajipan menunaikan yang wajib itu adalah kemestian bukan pilihan, saya tak harshly bash orang yang still do my past sin.
Let me share how i gain kesedaran untuk berubah in next entry. Maybe will help you a bit ya'.
And many many thanks to my husbands now. He is the big supporter. *that's why penting cari calon jodoh yang baik baik

Back on track.
Why this is so complicated?
Firstly, siapa yang tak suke tengok benda cantik atau perkara yang cantik?
Siapa yang tak suke? Even saya still like and komen omputih yang body nya gojes and make up nye cun. Tapi, that hal is diorang born dah pon bukan islam. Dosa diorang yes betul, saya tiada sumbangan dosa dalam nya. Boleh suka tengok awek awek post gambar cun cun. Tapi perlu ke jadi pengalak bagi diorang terussss hanyut dengan "i support you dearr!!! *puiiit

Kesedaran orang bukan islam adalah based on parents and society and juga media diorang sendiri. 
If saya nak ajak diorang into islam, 1st of all i need to take care my saudara sesame islam to give a good example. Wow. Big effort aite? A big step ahead to do.

Susah kan bunyik nya? Perlukan big power and pengaruh yang besar untuk menegur orang bukan islam supaya wear/behave something nice/polite to seeing by people worldwide.

Jadi kalau kita tak mampu untuk jadi macam ni, mengapa kita pilih untuk jadi peng galak kemungkaran?
Mengapa kita pilih untuk meng iya kan kemungkaran zina dan maksiat? 
Mengapa kita pilih untuk jadi rakan iblis menghasut diorang supaya teruskan usaha menjadi cantik yang berdosa.
Dan yang paling teruk sekali, kenapa kita pula membidas orang yang cuba mengurangkan atau menghalang kemungkaran daripada berlaku?
Iblis pon tak reti nak back up dosa dengan tekan tekan keyboard tu. Kita lagi hebat dari diorang bab bab hasutan ni.
Nampak tak?

This is very hard to explain HOW TO PREVENT. WHY I SHOULD NOT DO THIS and WHAT IS THE RIGHT STEP.

Make it simple lah kann.. jadikan bahan rujukan kita dari guru guru agama dan ilmiah ilmiah agama. Bukan kata kata petikan dari Utusan Malaysia. Bukan kata kata dari mana mana artis tersohor yang still do kemungkaran even ade update agama etc etc or blogger femes tentang tegur menegur amar makruf nahi mungkar ni.
I can't explain more sebab saya sendirik sometimes rase terbakar dengan komentar yang melampau bila bab bab nak tegur. Tapi yang paling tak boleh blah bila ade orang kaw kaw back up dosa lagi tak boleh di maafkan.


Al-Imam asy-Syafi'ie berkata: “Siapa yang menasihati saudaranya dengan sembunyi-sembunyi, sungguh ia benar-benar telah menasihatinya dan menghiasinya.."
Just say something nice but so deep in meaning if korang try to amal kan amar makruf nahi mungkar ni.
Insya'Allah. kalau niat kita betul, bukan sebab nak tunjuk baik. Bukan sebab nak jadi keyboard warriors or sebab nak tunjuk alim.. Insya'Allah janji Allah tu pasti untuk mereka yang sentiasa berusaha mengajak orang lain dan diri sendiri menjadi lebih baik dari semalam.

Maaf if ade yang terase..saya cuma manusia biasa.
Kata kata ini cuma usaha kecil sahaja.
Inysa'Allah jumpa lagi :)



Friday, June 21, 2013

Imaginasi Nakal


Aku tibe tibe ade mood nak taip entry niyh lepas dapat inspiration tengok cerita After Earth.
Mungkin lepas kau habis bace entry niyh kau rase macam tak ade kene mengena, kena tapi sipi sipi atau e'eh betul lah. 

Sape sape yang belum tengok After Earth, boleh lah layan. Aku bagi 3 bintang dari 5. Jalan cerita simple tapi cara penceritaan variasi.

Ok, dalam After Earth niyh, ade satu teori yang aku rase betul and siyesly aku suke.
Will Smith bagitahu yang ketakutan ini sebenar nya tak wujud. Ianya pilihan. Yang wujud kan bagi dia muncul adalah otak kita sendiri. Kenapa kita perlu rase perkara itu ada pada sesuatu yang sebenar nya langsung tiada?
Faham?

Ok macam niyh, selalu nya kalau korang kena tinggal rumah sorang sorang, waktu malam pulak tu, ape yang terlintas kat fikiran korang? Ofkos lah cerita Pontianak Harum Sundalnya Malam niyh. Time time niyh semua cerita hantu Thailand, Jepon, Korea macam flashback jelas jelas bagi korang ingat.

Cerita hantu melayu mungkin lah tak berape berjaya menyeramkan situasi time tu. Sebab ape, hantu melayu niyh, hantu dia yang menjerit lebih. Korang tak jerit jerit pon tengok dari tadi. Kalau hantu omputih pulak, tak takut sangat sebab kadang kadang seksi benau. Hantu pon seksi. Yang kena kejar hantu tu lagi lah parah seksi. Mana satu nak fokus niyh? Peha dia ke hantu? Hahaha. *eh even aku perempuan, aku suka je tengok kaki perempuan cantik, kurus halus mulus niyh. Atleast, boleh pasang angan nak kaki kurus macam niyh. Kau nak pelik ape aku tak dapat fokus? Haha!

Ok, berbalik pada teori After Earth niyh tadi, kau rase betul kan kau tengah wujud kan benda yang tak ade di sekeliling kau?

Tengah drive sorang sorang, lalu pulakkkkkk depan kubur, malam gelap gelap gelita gitu..time niyh lah kau rase macam ade orang jer tengah duduk kat seat belakang. Tumpang sekali nak balik rumah kau... Padahal memang tak ade sape sape tumpang niyh.  


Yang perempuan pulak, *yang niyh aku selalu terfikir. kuikui
Time tengah syok syok mandi malam, almaklum lah sebelum jerebu datang melanda kita.. Malaysia niyh hotttttttuii betul. *salah kan global warming. Kalah Megan Fox hot nye. Mandi malam sebelum tidur memang syok giler. 

Sebelum masuk bilik air, tak ingat pape pun., tengah sikat rambut tu..tibe tibe rase apasal rambut aku panjang semacam niyh? Time tu lah nak sentap. Cepat cepat tarik rambut tengok betul betul. Haha. Saiko habis.
*Nak join korang mandi sekali

Lepas tu, kalau tidur sorang sorang, rase tak lawas jer kalau kaki niyh terkeluar dari selimut. Penangan cerita Paranormal Activity, takot orang tarik  kaki lew tueee...

Dari yang aku bagi contoh kat atas niyh, korang nampak tak sebenar nya satu pun tak pernah berlaku secare betul dan wujud ?

Mana ade orang tumpang kereta kau time lalu depan kubur. Orang dalam kubur tu tengah sibuk lagi di soal siasat Malaikat. Otak tu yang ligat pergi wujud kan hantu kat belakang kereta. 
1 benda yang betul betul aku pegang sampai sekarang ialah :

"Macam mana susah manusia nak masuk dunia hantu, macam tu lah susah nye hantu nak masuk dunia mausia. Macam mana susah kau nak carik dan jumpa alien, macam tu lah jugak kau susah nak jumpa hantu

Bukan tak jumpa ok. Susah dan sangat sangat lah jarang.
Aku bukan tak takot langsung, tapi kalau percaya macam niyh lagi menjauh kan diri dari takot tak pasal pasal.
Hantu kat dunia realiti jauh giler beza dengan dalam movie. Dalam movie tu semua bullshit. Kejadah hantu makan orang atas kereta.

*Cerita hantu makan orang atas kereta

So betul lah kata Will Smith, ketakutan tu adalah perkara yang tak wujud, kita yang wujud kan bagi dia ade. Otak kita yang create. Kalau kita bertenang dan kosong kan fikiran, kau agak agak kau takut tak?

Ok, maybe agak susah lah kau nak kosong kan fikiran. Drive sorang sorang, lalu depan kubur pulak tu. Memang tak de benda lain nak terlintas. Kita boleh cuba ingat benda lain. Mula mula sekali lalu tu bagi salam macam biasa. Dalam hati. Jangan sebut kuat kuat dalam kereta pulak, takot betul betul ade yang tolong jawab salam kat belakang. Kuikuikui.

Almaklum lah, orang beriman Tuhan memang suke bagi ujian. Uji tanda sayang kan.
Macam uji boyfren jeles ke tak niyh uplod gambar bajet cecomel, pastu laki laki komen cute cute cute. Haha. Tet!

Ok, *suke kan kau lari topik?
Lepas dah bagi salam tu, dari kau takut hantu, baik kau fikir..takut nak mati. Dah dapat pahala menginsafi diri.

So semua perkara yang berkaitan takot ade hantu lah.. tak ade pon sebenar nya. Otak kau yang nakal sangat nak troollollol wujud kan hantu. Silap silap bantal peluk pon kau nampak macam pocong.

Tapi tapi, macam mana kalau kau jumpa perkara yang tak ade penjelasan?
Ok, aku bagi contoh. 
Kau tengah golek golek kat carpet, tibe tibe kau jumpe satu rambut panjang betul, siap warna putih. Agak agak kau nak tukar imaginasi yang tu rambut blonde Beyonce terbang sampai rumah kau tak? 

Kau pernah tak, radio stop tibe tibe time tengah syok syok berbunyi ? Pastu jantung kau dah benti sekejap sebab terkejut...dia sambung balik ade bunyi. Yang kau pelik, time kau duduk rumah sorang sorang lah radio niyh nak main pause pause. Time niyh, takyah takot. Mencarut habis habisan. Nak hempas radio pon silakan. Lega sudah. 

And last sekali, Ramadhan yang semakin menghampiri niyh... memang mengajak kita kemas rumah awal awal. Takde sape nak cat rumah time puase kecuali aku lah tu, 2 tahun lepas punye kes. 
Tahun niyh, awal awal dah siap cat. 
Alkisah nya......,
Pelik tak kau jumpe tapak kaki pada dinding...? Bukan kat bawah tau. Kat atas. Kalau ceiling ade tapak kaki mungkin aku dapat tipu lagi perasaan aku. Ini entah entah indon kontrak terpijak sebelum dia pasang.


Tapak kaki macam ade 4 jari pulak tu. Sebelah tapak kaki jer jumpe. Haish haish. 
Cat jelah buat buat buta. Malas nak fikir.


Jadi kesimpulan nya, sebelum korang nak takot takot niyh, brainwash otak sikit dengan ingat video kpop. Konfem tak takot dah pastu. Yang lelaki, ingat gwiyomi Nora Danish.
Pilih untuk tidak ingat benda yang make you fear. Pilih untuk jangan ingat benda yang menabah kan lagi intense keadaan yang dah sedia ade. Faham tak? Fear is a choice. 

Aku kalau tibe tibe rase takot, aku ingat cerita Transformer. Bila lah nak dapat pakai kereta boleh tukar tukar niyh. 

"Your mind is the keyboard which is you are the only one know what you want to Google for"

Sekian. 

Thursday, June 13, 2013

CEREWET ke? #2

8 tahun yang lepas aku janji nak sambung cerewet part 2, ingat ? So ini lah dia.

Ok, this time will be an entry with full alphabetical without a picture.
I'm sorry guys.., I'm maybe lack of diligent. *can't admit i'm such a lazy. XD

As I promise, *did I?
This will me my garrulous according to me. Ah Ha.

Boleh tak kalau kita kita ask a few question pasal cerewet and kita jawab balik semula? Boleh!
In some part of a good side being or be or wannabe garrulous is you have to be is : DISIPLIN.

Yaa.. Cuba kenang balik zaman dulu dulu time sekolah.
I remember a ton of stupid things you can't do and you can do.
And even if i think about it back, some are ridiculous.
Why on earth they been thinking ???

1. CEREWET on JOB/ASSIGNMENT/TASK

- Kalau kau punya boss, nak sebijik macam tu. Jadi kena siap kan sebijik macam tu. Even margin lari 1 inci pon diorang akan perasan and akan bising. Ada yang suruh buat balik. Yeke? I don't know. I never had such a fussy boosssss.

So, this part memang leceh. Memerlukan kita kena focus on each details.
Dapat dapat lagi, sangat rase membebankan bila kita seorang yang simple, tak kesah sangat or jenis cincai je. Caiboncaiii!
So memang rase nak maki sebab tension. APTB.

But, bila kita almost hari hari hadap orang macam niyh, especially orang yang dah berumur dan dia seorang wanita. Ops, sorry.
*Memang betul pon..perempuan lagi leceh dan cerewet berbanding lelaki.

Kenapa hari niyh dia pakai kasut tumit tinggi 1 inci?
Aku suruh pakai 1 setengah inci. Hurmmmm..
Kita akan perasan yang bila kita cerewet pada hal hal yang memerlukan kualiti, kita akan dapat the best.
So this is the good part jadi cerewet atau bahasa indah nye ialah disiplin.

Tapi pelik kan, selalu nya kita pergi pejabat awam, ape ape yang berkaitan dengan awam *tapi bukan tandas awam.. bukan main leceh nak going each procedure. Orang yang assist kita pon leceh betul nak deal. Rase macam tak sanggup nak hadap lagi. Tapi kualiti diorang hasilkan hampeh jugak.
Procedure bukan main leceh. 
Sepatutnya, procedure cerewet, hasil ok lah. Tak mengharap pun nak yang gempak.
*hek eleh..

Ok, back to the topic.
Actually maybe ada lagi part part yang bagus jadi cerewet, just nak ambil yang paling ketara.

2. Keperluan, Kehendak atau Mengade Ngade ?

- Haha. Ada beza ke 3 perkara niyh? Sikit lah kot beza nya.
Macam keperluan, contoh macam boss tadi lah.
Dia perlu jadi cerewet untuk memastikan kualiti kerja anak buah dia buat bagus, so dapat payment then boleh lah bayar gaji pekerja dia yang merungut bos ni leceh, bos niyh cerewet lah. kan kan?
Kalau apply kat parents, aku tak nak panggil cerewet.
Lebih nampak gud gud panggil discipline kan?

Tapi ada satu kes kat tempat aku niyh. Alkisah sebuah family...
Petang petang magrib macam tu, anak anak diorang akan mengaji, sembahyang dan duduk bersimpuh bersama sama memuji Tuhan Yang Maha Esa. Dah bagus dah part niyh. Alhamdullilah...

Sesiapa sahaja yang buat phone call time niyh memang sama sekali tidak akan di layan. Memang tak akan angkat lah. Sampai pukul 9 malam macam tu.
Tak kira lah phone rumah atau handphone. Sebab motif nya dia tak nak sesiapa pon orang menganggu ketenangan famili beliau pada masa masa macam ni.

Nak di jadikan cerita, abang kepada si polan (*Kak Tipah nama di beri) yang tak nak angkat call time niyh.. accident motor. 
Jadi mungkin lah berdering dering telefon rumah dia orang col untuk memberitahu hal tersebut.

Tiba tiba, telefon rumah aku pulak yang berbunyi.. 

Jiran prihatin 1: "Assalamualaikum..niyh rumah kak Ati ke?"

Mak aku : "Hello, Wa'alaikumusalam. A'ah sape niyh ?"

Jiran prihatin 1 : "Kak Ati tinggal lagi dekat rumah taman rumbia tu?"

Mak aku
: "Tak pindah lagi pon haaa.. duit takdo nak boli rumah baru. (*Ok tak, mak aku tak cakap macam tu.Saje tambah)

Jiran prihatin 1 : "Saya niyh haa.. Jiran si Leman (*tidak menggunakan nama sebenar).
Dia accident. Dah dalam bilik ICU. Masalah nya, waris dia Kak Tipah tu.. saya telefon banyak kali nak beritahu abang dia masuk hospital.. Tak de sape angkat. Last saya telefon. Terus tak dapat. 

Mak aku : "Lahh yeke.. Masyallah. Dah niyh nak suruh tolong bagitahu dia lah niyh?"

Jiran prihatin 1 : "a'ah..harap boleh tolong lah yea. Terima kasih banyak banyak"

Jadi mak aku pon bergegas lah siap nak pergi rumah Kak Tipah niyh. Konfem lah aku jadi mangsa nak bawa mak aku pergi. Rumah Kak Tipah niyh tak lah jauh. Tapi jauh lah jugak kalau berjalan kaki nye.

Sampai depan pintu rumah, mak aku banyak kali bagi salam. Aku tengok, kipas memang tengah berpusing pusing. Ade dengar suara orang mengaji lagi.. Tapi memang dah 5 minit bagi salam, tak de siapa yang keluar.


Aku yang jadi panas hati tengok mak aku terjerit jerit bagi salam. Aku cakap, biarkan jelah. Pekak badak sangat.

Mak aku cakap tak baik aku niyh. Memang betul aku jadi kejam sekejap sebab bengang tengok mak aku terjerit jerit bagi salam.

Lepas tu, meh siniyh turn aku pulak bagi salam.

Aku menjerit lah sekuat hati. Sampai jiran sebelah pon keluar. Aku cakap dalam hati, cukup 3 kali aku bagi salam, dia tak keluar, memang aku heret mak aku balik. Cehhhh. Besar nampak?

Mujur kali ke dua, Kak Tipah niyh keluar.

E'eh bukan main mencuka masam air muka dia. Ade jugak dia pon duduk ICU sekali niyh.
Belum sempat dia tanya nak apa. Aku cepat cepat cakap.

"Kak tipah, abang kak tipah excident motor dah nak mamp**SSSS kat hospital tu. Angkat lah telefon tu lain kali. Menyusahkan orang lain nak datang menyembah depan rumah kena bagitahu apehal." (*ok yang niyh tipu jer. kuikuikui)


"Kak Tipah, abang kak tipah accident,ada kat hospital Melaka. Balik dulu"


Terus aku ajak mak aku balik. Mak aku pon macam terpinga pinga. Aku start motor, aku press press bagi mak aku naik cepat. 

Mak aku sempat jugak lah bercakap sekejap. 
Aku just dengar bias bias "telefon tak de orang angkat. masuk ICU dah.."
Time bailk tu, mak aku tanye. Akak marah ibu ke? Aku cakap eh tak langsung. Tak suka ibu terjerit jerit macam orang hape depan pintu orang pekak macam tu. 
Keluar rumah bagi muka taik tunjuk kat kita. Puii.
Mak aku tergelak jer. Mak aku cakap, diorang memang macam tu 1 family. Ibu dah lama tahu diorang tak layan sesiapa pada waktu magrib. 

Lepas tu aku jawab, kalau nak buat style bolok tu, jangan menyusah kan orang. Bukan berdosa pon angkat telefon sekejap. Takde lagi orang bahlul nak ajak berborak tengah tengah magrib. Tu hah, abang dia ajak berborak kat ICU. 


Mak aku terus ketawa kecil. (macam dalam novel dah ayat haku niyh)

Sampai jer rumah, Kak Tipah tu terus telefon mak aku. Entah ape dia cakap. Aku dengar mak aku cakap "Takpe takpe.. tak ade ape lah.. "

Hush!



CEREWET PADA HARGA/KUALITI

So kita perlu bataskan cerewet yang macam mana kita boleh di terima and kita pon terima.
Kalau harga Nasi Goreng tu RM3.80 siap ada sotong, tak yah mengade nak tambah kicap lebih lah. Tak nak sayur warna warni, sayur lain takpe bla bla lah.
Haha.

Kalau seluar setakat dekat supermarket biasa, rase nye macam tak perlu cerewet macam kau nak beli beg tangan harga serupa isteri PM pakai. Contoh aje. Okeeyyyy.

Benang lebih lebih pergilah balik rumah gunting sendiri, jangan nak mengade ngade suruh sales girl tu cari seluar yang takde langsung lebihan benang. Hello, ini TESCO ok? Bukan JPO.
Ini semua kes cerewet mengade lah niyh.


Ade banyak lagi contoh cerewet yang kadang kadang dia lebih annoying dari tengok music video artis melayu kita buat. Macam nak tak nak jer buat music video. huh.

Ok, sampai sini jer aku nak ulas. Sebenarnya jauh lebih mampu lagi nak menaip banyak banyak tapiiiiiii....malassss.
K bai.




Friday, November 2, 2012

Rumpai Laut Goreng


Ok, finally I decided to go with this recipe first simply because I LOVE TO EAT.
*see my current weight is 50kg and it will never be down. Ugh!
So the next entry will be Cerewet Part 2.

Sebelum nak pergi jauh jauh.. *ceh jauh kat mane?
Korang yang bujang trang tang tang, jangan lupa amik duit korang dari PM untuk bayar balik kat kita berjumlah RM250 tu okeyh..  *ceh ayat tak nak eksen.cet!
Online form pon ade.
Tapi boleh tak aku macam tak berape nak percaya yang online punyer? Haha.


Korang pernah makan Seaweed goreng? or istilah Jepun dia Nori goreng?
Yep, Nori ialah seaweed, seaweed ialah rumpai laut..
So which one yang korang pernah makan?

Yang niyh pernah makan ?

Selalu ade dekat double 7 eh dekat 7 ELEVEN.
Tao Kae Noi

Tak rock lasumm tak penah makang. kuikuikui.
Guaner nak buat natang niyh? Homemade version lah kan..

Bahan bahan beliau ialah : 

1. Nori a.k.a rumpai laut




2. Dry Seasoning yang di kehendaki atau di sukai 

Trust me, this one is
 GOODelicious

Emergency seasoning. Taking anything from kitchen. LOL

3. Water spray

4. Minyak masak

5. Pengepit makanan *malas nak cari gambar


HOW TO COOK :

Step 1 : Potong Nori ikut saiz yang korang nak. 
But I prefer this size.


Step 2 : Spray air
- Okeyh this part kena terang details. Supaya korang tak over do it. 
Korang bukan nak buat benda tu basah tau. Just spray macam spray minyak wangi kat badan?
Jauh sikit and tak banyak dan cuma sekali sahaja.
Bukan untuk setiap keping yang korang dah potong tapi untuk keseluruhan. 
Lepas korang spray Nori niyh akan mengecut sedikit. Macam niyh :

Nampak Nori sheet yang paling mengecut tu? Hah, tu terlebih air. So yang macam tu, tak nak.
Step 3 : Put the 1st seasoning
- Ok yang niyh optional. 
Either korang nak letak sebelum di goreng atau selepas di goreng. 
I try both. 
Letak selepas di goreng is better JIKA/IF perase kering yang korang gunakan memang layak di makan begitu sahaja. 
Faham dop?



Step 4 : Goreng dengan Style nye
Ok, baca dengan TELITI.

  • 1. Minyak mestilah banyak. Kira korang boleh CELUP Nori. 
  • 2. Mestilah CUKUP CUKUP PANAS. Bukan sedang sedang atau baru jer nak panas kan minyak, korang dah goreng.
  • 3.  Sebenar nye istilah goreng tak sesuai rasenye, lebih kepada CELUP.  
  • Ok, Minyak dah panas, sepit kan Nori. Ready untuk stunt yang terhebat? *cettpodah.


* CELUP UNTUK 3 SAAT, DENGAN LAJU DAN PANTAS SILA ANGKAT

Pastikan memang bukan lebih dari 3 saat atau kurang dari 5 saat. Kalau lebih, lunyai lahhh Nori korang.
Keringkan sekejap minyak dengan alas tisu pada pinggan korang.

Last step :  Letak perase korang suke. Takde perase ?
Tibai jer perencah maggi kari tu.. Tabur secara rawak di atas Nori yang sedang berjemaah beramai ramai. Ok?

Gud Luck enhhhhhhhh! 


Thursday, October 25, 2012

Perfect Eyeliner

Hah!, Salam Aidiladha kengkawan ^_^"

Ok, this time nak share how TRICKS and TIPS bila korang nak pakai eyeliner.
Yesssss... I know.. you can simply search it and on YouTube.. but this is drawing eyeliner according to me.
Heh heh heh.

Korang pernah or selalu tak hadap bila mata sebelah kanan..dah shantekk shiap.
Pastu nak draw sebelah kiri lagi rase macam...aduyaiii... Takot tak sama.
Ade?

Well...selalu gak lah terjadi macam giniyh dekat guwe. 
Tapi lepas update entry niyh, terus tak de dah masalah masalah camtu. *cetpodah

So, kalau nak draw benda benda ada line and shape niyh..kita mesti ade guideline. Betul?
Jadi 1st of all.. korang just perlu kan benda yang panjang. Macam korang punya celak ke..
Pensil eyeliner ke..

Step 1 :  Right Guideline

I had Sasatinnie  white eyeliner. Quite good.
Kalau boleh jangan guna objek yang panjang tapi besar..sebab kalau halus dan panjang korang boleh senang pegang. Kan jejari gegurl cecomey gitu.. *chewah, terus tengok jari lerr tew

Step 2 : Find your Line

  • A : Letak pensil korang, dekat TEPI HIDUNG. Kenape mesti tepi hidung? Well, kalau letak merata nanti tak balance and entah mane mane sudut congek korang dapat. Ok ?
  • B : Pastikan pensil tu selari dengan hujung mata. So part niyh, korang boleh adjust sendiri kepanjangan garis yang korang nak. Lagi jauh, lagi panjang.

  • C : Tandakan. *penting yang niyh jer. hoho.



Step 3 :  Ketebalan 

Ok part niyh, korang tak payah pun ikut ketebalan line macam gambar di atas. Bagi aku atas niyh agak tebal lah. Jadi.. Ketebalan adalah depends korang punya sukati kau lah. Ok?

But as a tips. Sepatut nya HUJUNG MATA LEBIH TEBAL dari yang lain.

Kalau nak sehuduh Nicki Minaj punyer makeup, bukan dia enh buruk.. Make up dia. 
Hah, dah boleh dah pakai eyeliner ikut kat mane mane tebal. Asal kan pakai. Erk.

Kalau rase macam nak menyusah kan diri lagi....boleh lah rujuk video bawah niyh. Entah.. Bagi aku macam susah. Tak tahu korang rase macam mane.. 



Ok, itu sahaja. Selamat  Mencuba and Selamat Melawa di pagi raye...~
Again, Salam Aidiladha...~
Muah muah, tata!