Sunday, October 24, 2010

Uncle Teksi

Hari tu, rase macam duit banyak sangat. Malas nak naik bus, alang alang nak habis duit. Jomlah naik teksi.
di sebabkn Ego's time itu belum wujud lagi, maka berjalan lah kedua kaki ini untuk menahan bus atau teksi.
Lagi pon time tu, memang kena pergi tanpa kenderaan. Kawan dari Johor datang dengan family, jadi tour guide tak bertauliah lah nampak nyer nanti.

Jadi nawaitu nak naik bus bertukar nak naik teksi pulak.
Baru jer nak cecah bontot kat bangku bustop tu, dah nampak teksi dari jauh. (sila tahan teksi yg tak berapa baru..takot mahal sgt)

Tahan lah dengan tangan (mestilah kena tahan dengan tangan, dengan kaki kurang ajor sangat, satu lagi takot tak nampak pulak)

Dan dia (teksi) berhenti.

"you mahu pergi mane..?"
"Melake Central"
"ya ya. naik naik.."

selang beberape minit kemudian...

"u belajar lagi ke.?"
"a'ah.."
"dekat mane..?"
"kuantan..."
"you nie melayu ke cine ke ape..?"
"memang melayu..(tersengih)"

"oowh.. i ingat you cine. Muke you tak mcm melayu langsung.."
"uncle baba ke cine..?"
"i ? i cine maa.., you memang tak de keturan sini..? baba nyonya..?"
"memang takde...."
" nenek you..?"
"melayu uncle.."
"keturunan islam ke ape..?"
"err..memang semua melayu agame islam.."
"mane ade punye. I jumpe jer melayu tapi bukan islam.."
" owhhh "(dalam hati, malas nak layan)

Diam sekejap.  kejap lagi dia bunyik balik (pemandu teksi)

"you belajar hah, sape tanggung you? pinjaman ke ape..?"
"pinjaman..MARA."
"owhh..itu MARA. parents you bagi you duit tambah lagi ke?"
"bagi....err, uncle. tadi uncle cakap..uncle jumpe melayu tapi bukan islam? uncle jumpe kat mane?"
"hahaa (ketawe kecil). banyak sini sini punyer. Ui**, itu Yayasan M*****. student student situ ramai melayu saje. Tapi bukan islam lah.."
"mane uncle tahu diorg bukan islam..?"
"uncle kenal punyer. Diorang sudah convert."

(tibe tibe jantung terase seperti semakin laju. Rase macam lagi panas jer dalam teksi tu)

"diorang haa..,itu serupa macam you. Mane ade pakai tudung punyer. Mahu freedom. You sembahyang susah kan? You convert, you tak sembahyang pon tak pe. Same saje, masuk syurga jugak. Semua agame ajar buat baik..You baik, you masuk syurga. You cume kena pandai pilih..macam yang lain lain pilih"

"biarlah diorang uncle.."

"I tahu you mesti tak faham lagi macam macam ini. Nanti you dah tahu, you mesti mahu change punyer. sekarang you islam kan, macam macam you tak boleh buat. tak bebas maa."
"owhhhh

(dalam hati, ya Allah, cepat lah sampai!)

"you takut parents you tahu kan, you simpan lah baik baik. sendiri sendiri saje. If one day, you kena buang dari family you hah, still ade orang jage you.."
"Uncle, christian ke..?"
"mestilah. ramai orang happy jadi christian. you tak nak try..?"
"eshh. xpe xpe, i okayh jer sekarang"
"haiya.. you jangan takot. Facilities nanti, semua boleh bagi kalau you niyh fresbie lagi..You mesti tak regret. Sekarang you tengok dunia, christian is number one. You tengok siapa yang paling good in everything? All is in christian. i bukan nak ajak you convert sekarang, bagi you fikir dulu. Sekarang memang you tak nak, nanti bila i tunjuk you macam mane, i sure punye, you suke"

Dah sampai terminal.

"err.. thanks uncle. Berape niyh uncle..?"
"hari ini, hari good you, no need to pay."
"eh, mane boleh macam tu uncle.. RM15 ke berape niyh..?"
"hahaha(ketawe kecil lagi) You amik i punyer name card, you mesti perlukan nanti" (sambil menghulurkan card)
"aaa..tengkiu uncle.."
teksi dah berambos.
(dengan selamber buang card tersebut, sempat lah tengok sekejap.)

p/s:
Dear uncle teksi,
even saya free hair..alhamdulilah saya belum lagi nak free dari segale segale nye. Dan memang saya tak nak free untuk semua. Freedom ke freemason ke ape ape ke. TAK NAK. Memang sembahyang saya tak cukup 5 waktu, tapi saya tak pernah terfikir untuk tak melakukan nyer terus dengan sewenang wenang menukar cara sembahyang sekali gus menukar agame. Memang iman saya senipis kulit bawang, tapi insyallah tak boleh buat saya menukar agame saya dengan ayat seperti  "buat baik, boleh masuk syurga" "semua agame sama, ajar perkare yang baik baik"
Mungkin betul DUIT BOLEH BELI SEGALA NYE, tapi semoga berkat ayah saya azan ke telinge saya sewaktu lahir dulu tak jentik hati saya dengan menukar agame kerane KESENANGAN DUNIA.
Sesungguh nya saya sangat bersyukur dengan BANGSE, keturanan dan AGAME saya sekarang. Insyallah, saya sentiasa mencube untuk menjadi yang terbaik, bukan untuk orang lain..tapi untuk diri saya sendiri.
Dan semoga uncle jumpe seseorang yang boleh bukak mate kepale uncle MANE MANE AGAMA TAK SAMA DENGAN AGAME ISLAM.
sekian.


(ini adalah kisah benar, bukan rekaan. Sebenar nyer perbualan panjang dan banyak lagi, tapi ambil mane mane yang penting dan yang masih ingat. Kebanyakan nyer is in english sebab dia cine sengapore. Ape ape pon, tak nak jumpe macam niyh lagi. Cukup lah sekali!)

Saturday, October 16, 2010

inikah SETIA...?

Saya selalu terjumpe kes macam niyh :
1) bertahun tahun couple tibe tibe putus.
2) bertahun tahun couple tibe tibe dapat tahu pasangan kita selama niyh ada orang lain. 
 (si perempuan atau si lelaki)
3) Awal awal couple, kalah Romeo dan Juliet, tak boleh di pisahkan. Baru jer bersama, family masing masing dah berkenalan semua. Kalau sekali pandang tu, kite macam  sangat yakin "eh mesti kahwin lah diorang", a few weeks or a few month later, eh putus dah..?"
4) Seorang sangat mencintai, dan seorang lagi sedang cuba bercinta. 
5) Seorang sangat mencintai, dan seorang lagi biasa biasa sudah. 
6) Bercinta dan Berscandal (kes yang paling popular)
7) Bercinta tanpa status
 (bercinta macam keling baru dapat basikal, tapi bila tanya "aku belum declare betul betul lagi dengan dia...belum bersedia)
8) Di cintai dan Men cintai. (yang niyh best..)
Apakah SETIA itu berbaloi?
Pernah tak terfikir, setiap manusia ada hak untuk memilih yang terbaik dalam hidup mereka?
Niyh bukan nak kondem kepada siapa yang setia aLparak kat bg/gf diorang enh...this is just my point of view.
Ada se setengah orang tu, kalau bercinta. Gile ah SETIA. Semua perbuatan mesti ada report. Mesti memberitahu. Mesti bertanya boleh ke tak. 
Tak boleh ada umat berlainan jantina. Tak boleh msg, tak boleh col mereka yang berlainan jantina, even kawan lama. Apetah lagi kawan yang baru. Pertanyaan seperti :
 "dengan siapa" "nak balik pukul berape" "dekat mane"
Wajib bertanye..! Untuk sekali tanye, normal lah. Ini 8 JUTA 8 BELAS KALI TANYE.
Yang pelik nyer dengan mak ayah tak pulak bagi report macam tu. Tak pulak beritahu mane kita nak pergi, ape kita nak buat.
Ada tu, kat kolej dah jumpa. Malam jumpa lagi. Malam sikit nanti bergayut, tak pon dah canggih sikit sekarang, Web cam, hari hari. Tengah tengah keluar niyh, tak percaya takde jantina berlainan, 3G terusssss. 
Tengah lepak dengan member niyh, setiap minit mesej. kejap lagi col pulak. tanye lagi bila nak balik. Buat ape. Padahal dah bagitahu tadi tengah makan.
itu kes yang terlebih lebih lebih CARING...
kes tak dapat perhatin pon tak kurang hebat nye. (nanti story)
eh sebenarnyer ape tujuan nak taip tadi hah? haishh lupe pulak. Bhahahahahha!
hah! dah ingat.
Berbaloi ke setia?
korang bayangkan, korang masih mude. Andaikata lah, perhubungan korang bertahan lama, sehingga umur 25-28 mungkin..tiba tiba ditakdirkan BERPISAH. Berpisah HIDUP..bukan berpisah MATI.
Mungkin lah bagi lelaki, tak rugi mane.. sebab diorang umur dah lanjut pon still nampak muda dan still boleh berkahwin.(tak de masalah kesihatan) jiran jiran makcik makcik kat kampung pon tak heboh sangat nak gelar diorang BUJANG TERLAJAK.
Setuju? Setuju jelahkan..
Cuba kalau perempuan. Umur VALUE dah menigkat MARKET diri pulak semakin menurun. Tanda tanda penuaan mula dah muncul. Ditambah lagi,sekarang makan semua main bedal jer. Makcik makcik sibuk dah bertanya bila nak kahwin. Dapat dapat lagi, sahabat handai semua kahwin belaka dah. tension sikit kan..? Doktor pulak sibuk dok war war kan, kahwin lambat takot takde anak. Takot susah beranak lah. Anak tak sihat dan tak cukup sifat.
Duuhhhh.. Penat nyer fikir semua perkare. 
Tapi semua tu tak jadi hal, kerana SETIA ku, kan ku tunggu.
tup tup. BERPISAH. (untuk lelaki dan perempuan)
haishh..macamane niyh? Time bercinta dulu..aku tak puas enjoy kot.(niyh untuk dah kahwin,tibe tibe terasa tak puas enjoy,yelahh, dulu enjoy dengan gf/bf 24 jam) 
Dok berkepit dan menturuti setiap perintah dan arahan kekasih hati. Tak berkawan dengan berlainan jantina. Setia sungguh. dah tu sekarang..kena berkenalan balik.. Kenal hati budi. Nak usha sape pulak niyh. (untuk lelaki seswai lah ayat niyh)
Adoii..tua tua camniyh, ade pulak orang nak ngorat aku. esh, tak kan nak mula dulu. Kawan lelaki sorang pon tak ada. Bestfriend perempuan aku..semua kahwin dah.. camner nak tolong rekeman kan niyh? (untuk perempuan lah kot)
Hahahhaa..!
mengarut jer aku niyh malam malam kan.?
Sebenarnyer.. SETIA itu berbaloi. Jika kena CARA dan TEMPAT nye. Takyah selok kera sangat.
Arahan dari Tuhan pon tak setia macam kat PUJAAN HATI ku..tak kan dengan kekasih yang belum pasti nak setia macam keling. (kesian keling,sory)
Setia dengan fikiran di kepala, bukan setia macam berfikir dengan bontot. Setia yang memahami situasi dan keadaan. Setia yang seimbang. Setia yang biasa biasa.
Nabi pon pernah pesan, kalau nak buat sesuatu tu, jangan melebih lebih sangat, jangan kurang bebenau. Biasa biasa sahaja. Bersifat sederhana dalam semua perkara..kecuali menuntut ilmu dan beramal soleh kena lah tamak. ;)
Sekian, tiada penutup yang ensem...salam.

Tuesday, October 12, 2010

1st LOVE story.

Kecik kecik dulu,
mase sekolah rendah dan menengah.. Selalu dengar tentang istilah 'abang angkat' 'adik angkat' dan 'kakak angkat'.
Even tak amik port sgt tapi pernah lah jugak terjebak. 
So hari ini saya nak cerita tentang 1st Love. Sebenarnye tak faham sangat pon istilah first Love niyh, adakah :

*orang yang mule mule jadi bf/gf kite.
or
*orang yang mule mule buat kite mengerti apa itu Love.  cheewah.

Maybe kita akan fikirkan untuk dua dua kes sekali. Amik kes yang first
 *orang yang mule mule mintak or jadi couple kite*.
 Tak kiralah dia mintak through SMS ke, call ke, YM ke, depan depan ke, tulis surat ke, suruh kawan dia tolong cakap kan ke. Janji dia yang first.kan?

My 1st kes Love story macam niyh :

Pada satu pagi yang indah, saya telah bertukar sekolah untuk kali yang ke tiga (budak nakal, memang selalu tukar sekolah) Bukanlah sekolah baru sangat pon, dulu darjah 1 sampai darjah 3 sekolah jer kat situ. Darjah 5 datang balik.
Ade lah sebab sebab yang tak boleh di elak kan. (padahal kat sekolah R****** memang tak belajar langsung! asyik mainnnnnnnn jer keje) Sebab tu pindah sekolah asal.

Then sambung balik,
Pagi tu saya ditempat kan kat kelas nombor 2. Tak silap saya ada 5 ke 6 kelas kot. Kawan kawan sekampung dan sepupu sepapat ramai kat kelas 1st. Gara gara result hensemm semacam time kat sekolah R*****, jadi saya akur jer masuk kelas 2nd.

Huh,
SAYA KENA DUDUK SORANG SORANG..~ 
tempat yang kat belakannnnng sekali. Adelah dalam kelas tuh yang dah kenal mase darjah 1 2 3 dulu. So darjah 4 jer saya tak sekolah kat sini.

Sumpah bosan duduk sorang sorang...!
Since 1st day kat sini, ada ter notice sorang mamat niyh, selalu pandang saya. Sebab tempat duduk dia betul betul strategik nak pandang saya. Bhahaha!, macam perasan sangat pulak dia pandang pandang kite kan? Tapi memang betul pon dia selalu pandang. Lalalallllalalallalaala~
Dia ketua kelas, paling puteh, paling muke boleh lah carik makan. ;P
bayangkan nak bagi salam kat cikgu pon sempat jer toleh sini. (sini lah,kat saya).
Almost everything..,mengeliat, ketawe, tak de keje, pandang saya lagiiiiiii.
Sebabkan dia selalu pandang, saya pon selamber lah pandang pandang jeling jeling dia balik ;P
pandang lah lagi...!
Mule mule memang tak amik port, kau nak pandang pandang aku, sukati ko lah.
Sampai nak picit jerawat pon tak senang, boleh pulak kan ajak member dia ramai ramai tengok aku picit jerawat? (time niyh sumpah muke cam katak bawah tempurung, penuh dengan jerawat!! haish)

A few week later,
Mula lah kedengaran gossip liar. Yang tak boleh blah, aku tak kirim salam kat dia pon, ada jer perkataan 
" weih eny, dak ehem ehem kirim salam" aku sengih and angguk jer. Pastu jalan depan sikit aku dengar;
"weih ehem ehem, dak eny kim salam". 
hah? Jubo lah peranagai. Bila mase entah aku kirim salam.

Nasib muke ko macam Alex Yong (sepupu aku cakap, aku tak cakap pon)
Dah tuh almost darjah 5 dan 6 asyik jer kena gossip. Kitorang berdua tak lah bercakap sangat. Hal hal kelas or sekolah adelah cakap. Sekolah agama pon sikit sikit jer cakap. Time muda remaja niyh, mane tahu sangat 
nak bercouple couple. Heboh dengan basikal adelah. Heboh melantak puas puas. Heboh nak kayuh basikal laju laju, tengok sape sampai rumah dulu. kan?
Zaman niyh, cerita Pokemon memang famous giler, aku siap kumpul kot sticker sticker pets dalam ceter tuh..!

Time darjah 6, adelah bertukar nombor telefon dengan dia. Tak lah selalu bergayut gune telefon. Sebab tak tahu nak cakap ape. Di tambah dengan segan lagi. Abes abes pon ngumpat member adelah. huuu.
Kami memang tak pernah declare couple.
 (sorry lah sekejap aku, sekejap saya).
Eh, suruh member dia tanye aku niyh sape bagi dia. dia jawab "Teman di hati" 
owhhhh....

lebih kurang mcmniyh ;)
Exceli ada banyak lagi part part yang menarik, but banyak dah lupe. niyh taip kat blog pon sebab tak nak lupe teruss. Owh yea, dia ada bagi saya keychain bentuk guitar warne oren. Percaya atau tak, saya simpan lagi bende alah tuh. heeeeee.

So abislah zaman sekolah rendah kitorang tanpa ape ape yang rasmi. Bila masuk alam sekolah menegah, frankly memang ada jer teringat dia. (rindu lah tu kan?). Sepupu satu sekolah dengan dia time tu, so dia lah bagitahu sikit sikit pasal si ehem ehem niyh. Tup Tup jer dengar dia dah ade gf. Saya masih single and honestly..ade jer menanti dia. Euuwww. Time tu lah. Form 1 form 2 maybe. Jadi..biar jelah.. malas nak fikir. End macam tu sahaje..


Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun..

i found him, my FB. 

Monday, October 11, 2010

haus macam VAMPIRES.

bukan VAMPIRE. thank you.
Masuk this week dah 6 hari batuk. Sakit tekak. Perit jer rase. 
Dan yang paling dasyat, 24/7 rase haus giler!
Suare dah macam bapok tertelan bijik durian pon ade gak.
Vampires... mesti almost semua orang kenal, dapat dapat lagi since Twilight Saga muncul dengan hero hero jambu so henseemmmmm. kan..? Ada satu novel. Penulis dia orang singapore. Darren Shawn kot clu tak silap.(mane nak ingat tepat tepat name penuh dia) Dah lame sangat kot,time form 2 dulu bace. Dalam epilog epilog novel dia, dia mengambarkan vampires yang moden. Memang sangat moden, sebab duduk Liang roma Singa(Singapores). Cara menterjemah sifat fizikal dan inner personal Vampires pon lain dengan novel Twilight Saga yang ada sekarang. Ada persamaan tapi persamaan yang familiar. Sebabkan time tuh baru form 2, memang ensem lah tak faham seratus peratus lah bace novel in english. haishh.  Sebenarnya ape nak kaitkan tadi??? hah..!, dah ingat dah. Nak kaitkan dengan sakit tekak dan haus yang lain macam. Kalau ikot konsep Stephenie Meyer (penulis novel Twilight Saga). Dia cakap, rase haus darah yang melampau akan berlaku di awal awal or 1st stage bertukar menjadi vampires. Mereka yang freshbie niyh sangat sangat dahaga kan darah manusia.  Agak gak nyer lah..camniyh kot rase haus yang melampau tu. 
this is VAMPIREs.
Lagi satu kan, perasan tak... kenape mitos mitos macam Medusa, Vampires kat negare barat semua nya cantik cantik? Bila datang negare kite vampire terus jadi makhluk paling hodoh (kecuali kak Pon yang bername Maya Karin) pelik jer an..? Tapi kan wujud ke makhluk makhluk niyh? bahahahahaa! Confem tak. Pontianak mungkin wujud, sebab dia syaitan dan iblis yang ditugaskan untuk mengacau cucu cicit nabi Adam a.s. Untuk keluarga pontianak cool macam Twilight Saga tu..memang tak lah.
version 01 tunjuk gigi taring, kurang comel dan menakutkan
version 02 tunjuk gigi taring, boleh lah comel dan tak takut langsung tengok! ;P
so ini sahaje, Sekian sama sama. (sekian terima kasih buat ape, bukan dapat ape ape kalau bace) ;P

MEDUSA

this is MEDUSA
Hye Miss Medusa, kenapa lah saya sangat minat dengan kisah anda, eh bukan kisah..minat tentang kewujudan anda. Even mitos, so ape ade hal. Sukatilah pon nak minat ape. Lalalalalalllalalaaa~
Aku bukan lah fanatik sangat but tahu lah sikit sikit. If aku terslah faham pon pasal dia, peduli hape pon kan? niyh bukan blog Salah Faham. So based yg aku faham tentang minah ular niyh.
* Ada dua versi dari mitos  mitologi Yunani kuno.Versi 1st mengatakan dia adalah seorang gadis cantik dengan rambut keriting.(curl beralun alun kot)
Hingga menyebabkan dewi Athens cemburu. Sebab si Dewi Athens niyh jeles tahap gaban, dia sumpah rambut Medusa jadi ulalalala.. ular.
Selepas kes kena sumpah menyumpah niyh, Medussa menjadi begitu mengerikan, macam raksase!
Pastu,
tersebar lah cerita mengatakan bahawa siapa yang pandang kat dia, terus bertukar menjadi batu nisan,eh bukan, jadi batu. Tapi tak tahulah dia sumpah jadi batu seketul ke, sebijik batu ke or jadi batu seremban. 
Mitos yang laen cakap, Medusa diperkosa oleh Dewa Poseidon.Sebab tak tahan dia cantik sangat. Dewa Poseidon niyh antara tuhan tuhan diorang lah. (ape jenis tuhan lahh tak tahan hawa nafsu, haishh) 
Dah tu ada tuhan laen yang marah, dia sumpah rambut Medusa jadi ular.
Banyak kan tuhan diorang? 
So mitos yg 2nd niyh macam beritahu kita Medusa mangsa keadaan, tu yang elok elok perangai cam perempuan melayu terakhir terusss jadi Monster!!! Yelah, dah lah kena rogol, dia kena hukum atas kesalahan orang laen pulak tuh. So ular kat kepale dia simbol kepada "dosa lelaki"
haa.kan bagus kalau siapa berzina or buat maksiat (bagi perempuan) terus rambut bertukar menjadi ular. Konfem ramai takot nak buat..! 
agak agak pic bawah niyh ada ala ala Medusa tak? ;P
not Medusa but Atyesha ;P
sebab kematian dia malas nak cerita, kesian kena pancung. Bukan salah dia pon (malas nak cerita, tapi macam dah tercerita camne dia mati,kan?) Macam tulah kisah Medusa si rambut ular. Ape ape pon, rambut u memang rocks Medusa!
* * * * * * * * * * * ** * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  * *

Wednesday, October 6, 2010

Just begun . . .

ini bukan lah hobi saya mereke dan menaip blog.
sape tak FAHAM, pandai.