Thursday, March 24, 2011

kenapa tak perlu bercinta dengan saya

Pernah dengar lagu Irwansyah ? Tajuk dia Pencinta Wanita. (agak nye lah)

lirik dia macam niyh :
 " ku tak mahu menjanjikan nya,
 pasti bahagia bila dengan ku. 
Biar, biar rasakan sendiri.
 Betapa gila nya cinta ku "


Sebenar nye saya di kategori kan tak layak bagi lirik niyh kepada sesiapa pon. Tak kira lah boyfriends saya or sumone yang saya declare saya sayang dia or dia yang declare dia sayang saya. Means untuk dua dua maksud merujuk kepada BOYFRIENDS.

Saya sangat yakin tiada perhubungan yang tak pernah bergaduh, merajuk atau meragam.
Kalau takde tu makne nyer salah seorang adalah keturunan batu belah batu bertangkup. Telan ape sahaje di depan mata.

Saya yakin setiap kali bergaduh kita rase, kita boleh jer hidup dengan heppi tanpa beliau. Or ramai jer lagi bagus daripada kau. Or aku single lagi baik kalau setiap kali macam ini.

Tapi bila dah semakin besar dan konon konon matang niyh, saya dah tak fikir macam tu. Saya fikir, saya sayang dia.. tapi kalau dia tak bahagia makne saya sayang sorang sorang lah kan? Then dia terus terus nak cari siapa dia nak sayang sebenar nyer niyh. Tak best gitu...

So, biar lah saya bagi alasan kukuh kenapa awak tak perlu bersama saya or bahasa tulus nya adalah kenapa awak tak perlu bercinta dengan saya :

1. Saya tak cantik mana. Saya biasa biasa sahaja
- Semua lelaki akan tertarik dengan fizikal appearance dulu then baru fallen lurve dengan personaliti.
Bukan lelaki sahaje malah fememei (female) juga  begitu. Biar lah saya berterus terang. Yang selama niyh awak nampak saya macam cantik tu sebenar nye MAKE UP. Siyesly.

Awak sendiri tahu mata saya sepet, terpakse pakai a lot lot of eyeliner supaya nampak celik and besar sikit. 
If tibe tibe hari niyh kulit saya nampak licin berkilat, eh esok macam kertas pasir pulak. Maknye nye yang nampak macam kertas pasir tu adalah saya terlupa nak pakai foundation or maybe tak sempat. Tak tahu foundation tu ape? BEDAK jenis cecair menutup cela. Cela tak tahu hape? HUDUH tahu? haaa. tulah dia.

2. Saya tak caring mana. Saya ambil tahu biasa biasa sahaje
 Tak tahu lah awak percaya atau tidak. Tapi :
-Saya akan tanya awak dah makan ke belum jika saya yang terase lapar. Sebab seboleh nya saya tak nak pon awak tahu lapar tu siapa. Jangan marah kalau saya jarang or terlupe tanya awak dah makan ke belum sebab kadang kadang saya pon terlupe nak makan. *sigh.

- Same lah kes saya tanye "awak sihat ke tak?" Sorry jarang tanye sebab saya tanye bila dengar suara awak lain or time tu saya yang tengah tak sihat. Baru lah nak bermonolog .. "Jangan lah dia pon tak sihat jugak...,siapa nak jage siape nanti"

- Hari hari tanye awak penat ke tak walaupon saya tahu mana ade orang kerja tak rase penat. Maybe awak bosan nak jawab, tapi kalau awak jawab tak penat lega lah hambe berase. Boleh saya kacau awak lebih sikit hari itu. 

3. Saya tak romantik mana. Saya biasa biasa sahaje
- Saya rase romantik patut lebih pada perempuan. Tapi............... saya memang lahir dalam zaman pop yeyeh,  maka jadi sempoi lah selalu. Ape yang boleh saya buat ialah mungkin bagi handmade kad pada hari jadi awak. 
(kalau awak nak tahu, saya belajar buat kad dari YouTube, haishh sebab tak kreatif lah)
If tengok kad tu saya beli dari kedai makne nyer kad buatan tangan sendiri tak jadi lah tu. Haha!  

Saya tak perasan pon kadang kadang awak pergi buat facial muke, tapi saya perasan lah kalau awak semakin kurus even seinci. Takot takot awak ada masalah tapi tak bagitahu saya or mungkin awak tak bahagia tapi awak pendam sahaje. 

Kalau boleh saya nak jer cakap :
"Jumpe saya bia kuku panjang, sebab sy nak tolong potongkan"
tapi tak boleh.. saya pon takot potong kuku sendiri. Senget senget jadi. Kang terlukai nyer pong jari awak. Sape susah? Mestilah awak, kalau saya susah.. saya tak heran langsung satu haram pong.

4. Saya jarang cemburu. Saya cemburu ala kadar sahaje
- Saya PERCAYA awak. Sebab tu saya jarang cemburu. Bukan saya tak cemburu bermakna saya tak sayang awak. Macam orang ramai selalu claim. Cemburu tanda sayang. Arghh..propaganda tu.
Saya YAKIN sayang saya cukup utuh untuk buat awak tak tersayang orang lain.
Tapi yang sebenar nyer :
Saya CEMBURU tapi saya buat chill sebab tak nak awak rimas. Faham rimas? Saya lagi lah faham rimas itu ape.

5. SETIA saya bertempat. Setia yang biasa biasa sahaja
- Mesti awak tak suke giler untuk content yang ini. Yea, saya mengaku saya ramai kawan lelaki. 
Kawan lelaki yang majority nyer ade gurlfren belaka.
Majority kawan yang kau bodoh kau babi bahase nye. 
Kawan yang dahulu tersuke saya sekarng tidak lagi pula.
See? Saya dah dapat handle orang yang crush on me tapi bertukar menjadi bestfren of me.
Tapi kalau awak....
QUEEN CONTROL
Saya risau, you can't handle it.
Perempuan zaman sekarng otak geliga belaka. Pasti ada cara usha awak sampai dapat!  So, saya nak awak tahu. Awak tak boleh setia bertempat, awak mesti setia pada SETEMPAT sahaje. Ini bukan lari setempat. Haaa.. mesti tak suke saya sebab saya Queen Control kan?

6. Saya Ego
Erni Atisa memang Ego dan Degil. 
Bila saya gaduh dengan awak.. Saya Ego tak nak contact awak dulu. Tak nak pujuk awak dulu. 
Ego kan? Biasa lah.. takot awak marah saya lagi. Dats why tak nak contact. 
Tunggu awak cool dulu, baru lah boleh pujuk memujuk. Dah cool tak lah susah sangat nak pujuk.
Suare yang tinggi pon tak berpotensi nak keluar. 
Eh cuak tau pujuk time tengah hot lagi. Silap silap keluar ayat yang tak sepatut nye awak dengar. Kan?
Awak yang keluar kan takpe, masuk telinga kanan, keluar kat jubo. Dah kalau saya yang tercakap? Konfem konfem melekat di hati. 

7. Saya jual ikan (selfish) a.k.a Pentingkan diri sendiri
- Mesti bengang kan if awak col time saya tengah tido then saya tak nak angkat?
Awak tahu tak, saya cukup pantang orang kacau saya tido. Faham?
Nampak tak selfish kat sini? Time awak tido, saya nak jugak awak angkat. Seminit bercakap pon takpe.
Yelah.. kot kot awak jenis tido 12 jam sekali tido. Risau weih bakpe tak angkat angkat niyh. Lemas bantal peluk hape. 
Kalau saya takpe. Saya tak nak awak kena marah or maybe saya akan layan acuh tak acuh. Kan kepantangan orang jangan di usik. So, better saya bercakap dengan awak dalam keadaan harmonis and damai. 

8. Saya tak minat dengan ape yang awak minat
- Betul lah. Ade suruh saya tengok bola pulak.
Cakap dengan saya name kereta lah, motor lah. Band itu lah. Indie band yang ini lah, pemain bola yang itu lah.
Haish...... 
Patut lah dalam bookmarks browser saya ada web rasmi info sukan. Sebab nak konon konon bersaing siapa lagi terer amik tahu. 
(padahal suke boyfren rancak bercakap pasal benda yang dia suke)
Layan...
Tiba tiba dalam playlist saya ada name band pelik. Cuba cuba jugak nak dengar walau macam nak terbakar pipi mendengar nye.
Nampak kan saya tak minat ape yang awak minat? Haiyo.

Ok. dah tak boleh list sampai sepuluh. Nanti ade pulak single sampai ke tua. 
Adios. Amigos, espragos, yo ekzos then berambos.


Saturday, March 12, 2011

Adinda sungguh kecewa...


" Kehadapan Merong Mahawangsa..,
Adinda sungguh kecewa.
Sungguh tak di sangka...
Sungguh seberapa purnama adinda menanti..
Bagai pungguk menanti another pungguk..
Ini yang kanda beri?
Sungguh dinda kecewa.

Kanda cerita gempak gempita,
Sungguh hebat dan lebat sembang kanda.
Sampai dinda ingat hujan akan turun tiba tiba, 
tidak di sangka sangka air di tempayan dinda curah kan menjadi sup pula.. 
See? nampak tak SEMANGAT PATRIOTIK dinda menanti cerita tempatan janda..? (bukan lah janda tetapi kekanda)

Setelah sekian jam dinda sabar memerhati dan cuba cuba memahami..
Adinda bingung.
Benarkah ini kanda? Ini Merong Mahawangsa?
Dinda mereng, haireng(hairan)..dan tenseng(tension)
Cukup lah.. 
Cukup lah..
Dinda anak tempatan..tidak mahu bicara lebih sudu dari garfu.
Lebih spender dari baju.

Asalkan kanda sudah mencuba itu TERBAEK bagi dinda.
Salam muah muah dari dinda.
Tata kanda.

Sungguh malas nak taip.. Sekian.

Monday, March 7, 2011

Ucapan Hari Raya

Dari hari tu sebenar nye aku tercari cari notebook kegemaran aku. Sumpah lah lupe aku letak mane.
Sebab biasa nya benda cantik cantik dan ada sentimental value niyh aku simpan elok elok sikit. Kat tempat yang berasingan. Last last aku pulak yang lupe aku letak kat mane. Punggah punyer punggah jumpe lah beliau. Notebook Hemseng. Hensem kan? klik sini utk tgk kehenseman beliau.

Nak di jadi kan cerita, aku pon terjumpe lah sekali kad hari raye dulu dulu kala. Dulu, masa zaman Tok Kadok mane ade wish truu sms, facebook pon tak popular or memang tak wujud lagi.
Terhibur lah jugak hati yang kebosanan membace isi isi perut kad tersebut.

Omputih cakap, sharing is caring. Meh lah aku sharing sharing benda ape yang buat aku gelak sampai terduduk tadi. (Sebenar nye memang aku tengah duduk pon)
If korang tak rase kelakar, aku tak kesah satu haram pong. Hatdoiiyai.

1. Ada lirik lagu Hari Raye
- Aku memang ada satu habit iaitu kalau aku bace sesuatu memang aku akan bayangkan sepenuh hati dan perasaan. Siap bayangkan if betul betul aku buat. So tadi aku bace kad budak niyh, pelik gak kenape kad dia penuh semacam jer tulisan. Rupe nyer dia letak lirik lagu hari raye. Siap ada tulis
(chorus)
(ulang)
haaa...nampak tak betape semangat nyer dia nak suruh gak aku nyanyi sambil bace. Tenkiu weih. Memang kau berjaye buat aku nyanyi separuh tadi.

2. Ucapan Tanpa Tujuan atau mungkin Tiada Tujuan
 "Minah, hey kau buat ape? Makan ke? hee.. hee he. Saja nak melawak. Bye.., A'kum"
- Aku memang tak reti or sebenarnye malas nak bace typing yang dah sedia ade. Sebab aku nak bace ape yang kawan aku nak sampaikan. Ape dia nak bagitahu. Ape dia nak luahkan. Tapi kalau kad dia pon hensem, gambar dia pon bisu (takde dialog) Ucapan pon macam tu... Agak konfius lah tuh kad hari raye atau kad hehe saje nak tanye dah makan ke belum? Tak ke menbazir name nye tuh. Nak tanye dah makan ke belum pon gune kad. Punye lah dramatik dan tuntas zaman dulu punyer style. Stylo habesss kan?

3. Ayat susah nak sebut tapi senang nak bace
"Caye mintak maap kat awak.."
- Sebenar nya tak lah susah mane pon nak sebut ayat tu. Setakat ayat "caye" tu, pelat kan sikit jer pon lidah niyh.Tapi memang pengirim tuh bagitahu siap siap dah. So aku kena buat buat percaye susah lah kot. Puas weih aku ulang sebut 2 3 kali nak detect. Aku takot gak lidah aku terlebih lancar dapat sebut tapi dia tak lepas lepas nak sebut. Then aku klasifikasi susah nak sebut kat sini ialah 
: Kalau depan depan or omputih cakap face to face, dia mungkin agak susah nak sebut or mintak maaf kat aku. Jadi bila bace jadi senang lah kan. Deal.

4. Ucapan amaran
"Sebenarnye aku nak mintak maaf kalau ada buat salah dengan kau, Tapi tahun depan aku buat lagi."
- Nampak tak amaran kat mane? Haaaaa..tahun depan ade lah tu dia nak buat salah lagi. Lebih bahaye kalau tiada "heee..heee" di belakang ayat tersebut. Niyh kad raye berunsur kan amaran. So jage jage!

5. Mintak maaf sebab itu ucapan lazim
"Sebenarnye, aku nak mintak maap kat kau. Tapi, aku rase takde salah kat kau sebab kita tak sekolah sama kan?"
- Haaa..mesti artis banyak dapat ucapan macam niyh. Sebab artis dengan peminat memang majority tak same sekolah. Jadi saya merase lah jugak feel ucapan hari raye dari peminat macam mane. Hoho.

6. Unknown invisible 1
- Aku tak sangka aku dapat kad semate mate tanpa sebaris ayat. Terima kasih kepada invisible dakwat yang kau beli tu. Menjadi weih invi time orang nak bace. Bila aku acah acah nak tutup kad tu, dia keluar pulak! Sekian.

7. Pesanan invisible 2
Dia pesan "Jangan lupe aku tau!!!!"
- 8 jam aku belek kad tu tadi, sekali dengan sampul dia. 1 clu name pon dia tak bagi. Macam mane tak bagi lupe kalau dia pon lupe nak bagitahu siapa yang aku tak boleh lupe niyh??
Mungkin dia merasekan aku memang terer mengecam tulisan member member. Aiyo.

8. Kes buli yang di remind kan
"Aku nak mintak mahap ngan ko coz slalu buli ko.., TAPI jangan luper lak yang ko tue pon same..AND aku dah mahap kan kau."
- See? kawan kawan saya semua pemaaf. Tak payah mintak maaf pon dah terussss di maaf kan. ilebyu lah. muapppps!

9. 2 keping kad oleh pengirim yang same
- "Diharap awak sudi membace surat ini buat kali kedua"
(aku memang salin bulat bulat setiap ucapan kad, so tak hairan lah ade yang konfius dia bagi kad ke surat)
Sebenar nye salah grammar beliau. Aku bace kad tue sekali jer time tuh. Melainkan dia bagi 2 keping kad yang same. Jadi boleh lah di rumuskan bace untuk kali kedua. Tapi beliau bagi 2 keping kad yang berbeza. Ucapan pon lain lain. Dan kad yang ke dua tu ada ucapan berbunyi
"takde mende nak tulis, otak tengah kompius."
Aku pon kompius gak. Sama ada dia terbagi dua. Saje saje bagi dua. Or dia ingat aku ade kembar dua.

10. Ugutan atau mungkin Luahan perasaan
"hope ko maapkan aku eh... Yela, kalo tak maapkan nanti aku nangis..."
- Terer dia ugut nak nangis. Airmata wanita memang senjata bagi kaum Hawa kepada kaum Adam.
p/s : Kaum lelaki,  boleh lah try ayat ini untuk ucapan hari raya anda. Terima Kaseh.

11. Mohon pindah sesuka hati
- Dulu aku tinggal dengan bapak saudara while getting UPSR. Only family jer pindah dulu. Then nak masuk sekolah menengah, aku tak dapat lah sekolah bersame same dengan kawan kawan sepermainan yang laen. Sebab dah stay dengan family. So, kad raye dari form 1, form 2, form 3 majority nyer ade requesting agar aku pindah dengan segera atau pindah tahun depan kat situ balik. Ada yang merancang untuk ambil PMR bersame same. Mane boleh sayang dah pindah pastu nak datang balik. Hoho.
p/s : Hey kawan kawan, saya sangat terharu korang masih dan masih tidak dapat melupakan saya. Sob..sob.. (T_T)

12. Ucapan yang menyekitkan hati tapi sungguh cool
  • raye datang lah rumah aku untuk rase biskut raye tahun lepas. Aku simpan lagi untuk kau dari tahun lepas. Sebab kau tak datang umah aku kan tahun lepas. Yes yes!
  • Aku still nak mintak maaf kat kau walaupon aku tahu, aku tak berdosa langsung kat kau. Muahahaha!
  • Sila balas kad aku niyh, sebab aku tengah kumpul koleksi kad hari raye. muah muah!
- Agak agak nyer kalau hobi orang tuh kumpul koleksi setem, mesti dia post setem edisi hari raye jer kat orang..pastu dia request balas setem sahaje. Cepat sikit proses mengumpul setem.

Dan banyak lagi ucapan syahdu yang malas dah nak taip. Kepada kawan kawan yang keep remind me supaya jangan lupe friendship. Keep texting dia. Saya rase sungguh berdose melupakan anda sekarang. Especially Nad, Maafkan saya NAD. Andai awak ade bace, saya nak awak tahu..awak lah kawan paling comel pernah saya ada. And memang saya tak pernah lupekan awak. Percayelah!

Lastly, Selamat Hari Raye untuk ucapan Hari Raye akan datang. xoxo~