Friday, April 29, 2011

YouTeLL Me

Saya jarang tanya pendapat orang perempuan or kawan perempuan untuk kes kes yang berkaitan dengan hal hal perempuan.
Pasti mereka akan menyokong saya. Tak pon lagi menambah bara yang ada. har har har.
(mestilah sokong, mereka kan kawan saya)

Untuk jalan penyelesaian logik dan yang paling selamat, saya tanya pendapat/pandangan
LELAKI dan PEREMPUAN.
(if tanya kucing, konfem setiap kali dia bercakap rase nak cium. Tak boleh tak boleh)

Dan saya juga cendurung memilih untuk bertanya kepada mereka yang lebih berusia dan tua dari saya.
Sebab saya rase, kalau tanya pada orang yang sebaya, pasti.. jawapan almost sama macam yang saya nak dengar.

You know what, saya berusaha untuk tidak menpunyai perasaan seperti jeles, hasad dengki, geram or rase tidak puas hati. Sangat berusaha. And Alhamdulilah, i'm not merely perfect but almost there.

Saya juga elak bertanya pada orang yang pernah mengalami hal seperti saya. Konfem luahan ikhlas diorang efek feeling nak pergi tanam kat sape sape yang korang tak puas hati tu sekarang jugak.

Contoh :
Lelaki Y : weih kau nak tahu tak? Ade dia cakap makan tahi tak sedap. Mengarut betol.
Lelaki X : Haaa.. tu lah pasal. Takde taste langsung. Ntah ntah dia tak mampu beli tahi.., dia cakap lah tak sedap. ork?

Faham tak konsep ape yang aku cube nak sampai kan. Tak faham?
Ok, abai kan.

Next example :
Perempuan Y : Eh, cantik kan style diorang berdua? tapi macam B lagi cantik kan?
Perempuan X : A'ah.. si A tu memang style dia macam tu. Si B yang ikut. Sebab tu nampak lagi menyerlah..
Perempuan Y : Owh..

Tak dapat ape yang cuba saya sampai kan? So here next differentiate.
.
Perempuan Y : Eh, cantik kan style diorang berdua? tapi macam B lagi cantik kan?
Lelaki        : Same je lebih kurang. Dah si A tu jadi inspirasi kepada B, kan dia jarang pakai memang lah lebih menyerlah.
Perempuan Y : Owh..

Nampak tak perbezaan pandangan dan pendapat?
Cube kalau Perempuan A dengar perbualan Perempuan X dan Y, mesti ade mencetus kan sedikit api kekesalan dan jeles kerana beliau ialah master mind to sumthin but finally someone else who follow her get better compliment than she. Betul?

Tapi kalau Perempuan A dengar perbualan Perempuan Y dan Lelaki X, si Perempuan A akan jadi rase bangga, malah dia akan terus mempamer kan better than better supaya terus menjadi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang nak jadi seperti dia. Haaa..

Baru baru niyh saya lihat one kes di mana 2 person yang exactly wearing the same style. The lucky one and the prettier get the Huge Huge compliment. I'm also agree with them. And i'm wonder.. wondering so much how i feel if i be the other who don't get any?

Eh kenapa saya concern dengan ape yang dia rase? Because saya pon pernah face the shit like that.

Imagine kan, how its feel if you memang suka satu band music niyh. And you tunjuk kat dia
(tunjuk dekat who really insipire you so much)
And a few months later, she already have a t-shirt band yang you suke, and opkos upload kat fesbuk then everyone so amazed because she know that band.
And you like "Hell.O?"
You? How bout you? How its feel?

don't tell me why u r copycat me! LOL
Ok, pernah dengar tak kes Avril Lavigne (macam mane tah eja nama dia)
Dia sangat marah pada fans yang tiru gaya dia.
Dia tak nak sape sape same macam dia.

Pernah dengar? Hah, minah niyh lagi dasat. Dah dia tahu dia tu penyanyi, konfem konfem lah jadi idol kat fans fans dia. Yang pergi marah buat hape kan?
Tapi kenape dia rase macam tu?


Sebab :
Jenis 1
- Jenis orang yang nak sama dengan orang lain sebab dia tak nak dan dia memang tak selesa jadi berbeza.
Ape environment dia gune, pakai, sebut, buat dia akan do the same. So macam niyh, dia rase selamat sikit. Taklah orang nampak dia pelik, sebab dia ikut orang, so dia rase dia ade partner in doing the same thing together gether. Going with the flowwww~~ Faham orang macam niyh?

Jenis 2
- Jenis yang tak suke same. Dia boleh jer same, tapi dia suke cari kelainan. Bagi dia, benda yang same bosan. Muak tengok. Tak rase fresh. Dia nak jadi lain daripada yang lain.

TETAPI :

Akan jadi masalah bila Jenis 1 dan Jenis 2 bertembung.
Jenis 1 nak ikut Jenis 2 sebab dia tak nak lain dari orang lain. Dah Jenis 2 tak nak pulak sape sape ikut dia. Pastu each time Jenis 1 ikut si Jenis 2, people will said :

"eh, you dengan dia macam lebih kurang sama lah.. " then orang tu berpaling kat Jenis 1 and screaming "Awesome!"
Haha!
Get what i want to story about?
So for those yang Jenis 2, macam mane nak avoid uncomfortable feel and rase tak lawas dalam hati?
Solutions yang kot kot menbantu :

1. Buat suprise kat Jenis 1 ape yang korang nak pakai. Ha.. konfem lah dia tak dapat nak follow kan? If dia tanye jugak, cakap camniyh "Biar lah rahsia by Siti Nurhaliza"
2. Pergi luah perasaan kat dinding, atleast lega sikit and nanti takde sape tahu kau niyh pehal PhD tibe tibe.
3. Pergi mintak pandangan boyfren, konfem dia cakap
    "You lagi cantik lah sayang..."
    BUT tibe tibe bf you pon terlike status or pic dia, then bagi alasan kat you :
      "eh, i ingat you tadi.. lah dah mamai sangat i niyh, ..."
    Rase renjatan elektrik tak kat dalam hati?
4. Pergi doa cepat cepat everything will be OK.
5. Pergi announce kat semua orang "tema kami BORIA"

So macam mane pulak nak hadapi pasal hal band music tu or sewaktu dengan nya?
Owh, ade lagi..
Each things yang dia copy paste or follow it from you, but she get more attention cmner pulak nak deal?

Haha. YOU TELL ME.idk.

PESANAN :
This entry is not related with anyone. I just got an idea after see this picture. Thank you so much.
No hard feeling babe! 

Wednesday, April 20, 2011

Bahaya Menjadi Perempuan

Haish. Rase macam mati pucuk paku sebab takde idea langsung nak hapdate ape.
Tengok blog niyh dah macam sekadar di pinggiran.

So, benda yang aku nak share niyh rase macam dah lame sangat nak kongsi, cuma malas nak menaiping sahaje.
Officially entry niyh memang untuk anak Adam.
Adam di sini bukan lah merujuk kepada anak pakcik Dollah, tetapi semesti nya kaum lelaki.

Aku memang sangat tak faham kenapa ada yang beria gila nak jadi perempuan. Tahu tak jadi perempuan niyh bahaya? Tak caye? Meh aku listkan.

1. Ketika Menunggang Motor
- Sejak aku excident motor a.k.a scooter dulu, segala semangat minah rempit aku terus jatuh menjunam junam macam jatuh nya taik lembu dari ekor beliau.

Even tak lah sadis sangat, tapi berjaye lah jugak meninggalkan parut kekal di leher dan di lengan berisi aku niyh. Kalau dulu masuk kerja pukul 9.sengah pagi, ikuk dan jer gerak dari rumah pukul 9.suku. Perjalanan yang sepatut nya 30 minutes jadi 15 minutes sahaje.

Berbalik kepada topik, kenape bahaye fememei (female) naik moto.
Beberape bulan yang lepas, aku kena hantar minyak moto kat bapak aku. Minyak moto beliau dah habis. Memang berat gile berase nak buat, sebab sangat lah fobia bawak moto kat jalan besar afta dat excident tuh. Dapat dapat lagi time tu baru bangun tido. Badan still sengal sengal lesu, sebab tido selepas subuh. Tapi di sebab kan aku ada seorang sahaje ayah and sayang kan beliau, jadi sangat lah tak sanggup dengar dia tolak moto jauh jauh. Baik dia tunggu jer aku datang.


Mak aku tanya:

Omak den : Berani tak bawak moto niyh? kalau tak ibu suruh jiran yang tolong..
Aku : haish, ape lak jiran. Akak kan ade niyh (pura pura jadi bujang yg macho)
Omak den : Dah tu nak mandi dulu tak?
Aku : errrr..( sambil memikirkan sejuk beserta ayah ku yang maybe akan tunggu aku mandi selama 8 jam)
tapayah lah mandi.. orang basuh muke jer.. Suruh lah ayah tunggu jap.

Tabahkan hati.. setat moto.. and bawak lah moto.
Bayangkan waktu pagi.. burung burung berkicauan, ade orang nak pergi kerja.. Moto banyak.. kereta ramai. Huishh. Memang tak kecut usus langsung bawak motorrrr (ayat klise)
Tengah tengah lah aku bawak moto niyh, kat trafic lite.. ade lah sorang mamat niyh tersengih sengih tengok aku. Aku pandang dia buat muke biasa jer, sebab dah memang niyh jer muka biasa yang aku ada. Even muka dia tak lah parang mane untuk membalas sepam dua senyuman beliau.
Eh.. ingat kan bila lampu dah hijo, dia blah begitu sahaje. Boleh pulak ikut seiring dan sejalan dengan scooter aku.
Soalan lazim macam biase lah.

"Hai.. nak pergi keje ke? Sorang jer? name ape.. name? Niyh agak agak bilo kito boleh berkenalan niyh hah"

Memang lah korang pasti biasa untuk kes kes macam niyh, tapi korang tak tahu kot kot minah yang kau nak usha tu fobia bawak moto? Kesan fobia tahu ape?
Fobia niyh dia meningkatkan kadar cepat berase cemas dan cuak tak tentu arah.
Sambung balik cerita tadi,
Dengan kat jalan besar lagi. Ramai kenderaan. Jalan hensem.. rata nak mampus. Takde lubang nak elak.
Dah sampai satu tempat tu aku kena lah elak lubang.. eh dia boleh ada lageiii sebelah aku. Kang aku ke kanan, konfem berlanggar dengan moto kau, dah aku tak elak, hensem jer langgar lubang.
Bila aku dah terlanggar lubang boleh pulak dia gelak. Cess. Baby gile aku tengok ke inocent muka dia.

Weih lelaki, tolong lah consider and tolerate. Nak usha pon tengok lah tempat. Tak kan atas jalan raya and kenderaan ramai sedang bergerak laju pon nak mengusha. Karang excident, konfem kau cabut dulu.
Cube kalau lelaki yang bawak moto? Mane ade perempuan nak usha macam tu gaya.  Paling paling pon gaya ziana zain angkat kening and gaya senyum sokmo by Faizal AF jer.

2. Menunggu bus
- Sebelum zaman aku memiliki motor dulu, kekerapan naik bus untuk ke bandar agak tinggi. Nak suruh mak ayah hantar.. busy semacam. Tak kesah lah tu. Memang kena pandai berdikari selain pandai makan kari.
Nak di pendek kan cerita, ade lah 2 3 kali kereta yang berhenti. Ajak tumpang lah. Pura pura tanya jalan. Padahal tengok flat kereta Melaka jer pon. Ade tu siap keluar dari kereta, tunggu bus same same dengan aku. Even aku tak jawab ape ape pon untuk sebarang pertanyaan, still tak reti bahase nak blah. Kalau kau, tak cuak weih? Kekgi (kejap lagi) dia culik aku masuk dalam kereta. Haishh. Menaye jer.. Cube kalau lelaki yang tunggu, takdo sapo nak buek cenggitu.
Tak tahu lah kalau aktivis gay gay seMalaysia sekarang sudah semakin berani mengorak langkah menukar arah peng usha an yang lebih exstrem. Selain mengepos pengakuan saya Gay di  YouTube. Mungkin cara ini lebih Agogo serta practikal habisss.

3. Perasaan tidak selesa
- Untuk mendefine kan apekah perasaan tidak selesa niyh, aku bagi contoh situasi and keadaan :

Situasi 1 : Dalam bus
- Dalam bus and memang selalu nyer seat belakang lelaki yang konker. Dapat dapat lagi time zaman zaman sekolah dulu. Pastu bila semua seat dah penuh tinggal kau seorang sahaje yang kena berdiri memang jadi tak selesa alparak. Rase macam di perhati kan. Even mungkin diorang tak perhati pon. And maybe kadang kadang kedengaran ayat ayat menusuk kalbu seperti :

"meh lah duduk kat abang niyh hah..kosong sebelah niyh.."

See? Betul tak diorang perhati? Thanks lah sebab concern, tapi concern berunsur miang keladi, tapayah sangat kot.

Situasi 2 :  Kedai makan
- Beberapa minggu yang lepas, aku dengan member kau. Member kau? Member aku lah. Salah typing, malas nak backsepes. Hoho.
Kami kelaparan dan mengidam nak makan bihun goreng yang sangat sedap di jual di sebuah kedai. Semangat giler weih berjalan kaki dengan sungguh sungguh. Kalau ada pertandingan berjalan kaki pantas, konfem kitorang tak menang. Sebab tak amik bahagian, camner nak menang.
Jadi sesampai jer kat kedai tu, kami terkezut tengok perghh... lelaki jer semua?
Memang takde perempuan kecuali makcik makcik yang amik order.
Patah selera, patah kaki, patah semangat nak makan.

Bukan tak boleh nak makan, tapi konfem lah segan.
Dah lah kami comel (haha! Please jangan rase nak sepak)
If lah kitorang gagahkan hati jugak nak makan.. Pasti, kami lah spesis alien di situ.
Ape yang bahaye nyer..? Perasaan tak sedap and rase was was lah yang bahaya. Was was kan menghampiri haram. So bahaye lah kan benda benda haram camniyh? (padahal dah takde idea nak kait kan cmner)

Situasi 3 : Eskalator
- Saya tak tahu berape ramai perempuan yang ade this feel.. but saya tak suke lelaki ada di belakang saya ketika naik tangga bergerak kat supermarket tu. Rase macam bontot saya di perhati kan jer. kah kah kah.
Eee.. malu beliau tau.

3. Kes kes jenayah yang melibat kan perempuan

    a) Kes rogol - mesti lah perempuan yang banyak ada kes niyh dari kes liwat. Kan?

    b) Kes ragut - mangsa ragut majority nye adalah perempuan. Jarang sangat dengar lelaki yang kena ragut. Sebab lelaki tak bawak handbag. Perempuan bawak handbag. Dia bawak handbag sebab dia perempuan. Kalau dia lelaki dia tak bawak handbag. Haaa.. bahaya kan jadi perempuan?

    c) Kes raba - haiyo.. Tak suke naik bus yang padat dengan pendatang pendatang asing. Sumpah risau kena raba. Naik train pon. Unless lah pergi dengan abang or boyfriends. Boleh lah tolong lempang dengan kaki kalau hal hal macam niyh terjadi. (tapi boyfriends pon jangan lah meraba sekali.heh!)

   d) Sexual harrasment - Aku sangat yakin kes niyh memang selalu nyer perempuan yang hadapi. If lelaki yang kena, canggih betul perempuan tu. Maju ke hadapan dari kami perempuan perempuan yang lain. Yeah!


4. Jatuh cinta lebih dari seorang
- Eh kenape bahaya pulak? If perempuan yang jatuh cinta lebih dari seorang kemungkinan dia akan dapat penampar tanpa seru dari kedua dua belah pihak lelaki sekira nya beliau jujur memberitahu hal tersebut. Kemungkinan juga beliau akan menghadapi kemurungan tahap kritikal ketika semakin dekat tarikh untuk memilih pasangan mana harus di kahwini.
Beliau sangat sedar dan tahu beliau tidak layak langsung malah sama sekali dua kali atau berkali kali tidak di benarkan berpoligami.

Bahaya kemurungan akan menjadi kan beliau gila sebere atau gila separuh. So akan terjadi lah kes kes bunuh diri di tempat yang menarik perhatian seperti Pavillion or supermarket yang lebih dari 1 tingkat.
Jelas lah di sini bahawa bahaya menjadi perempuan ketika jatuh cinta lebih dari jumlah yang sepatutnya.

Entry niyh mungkin akan menimbulkan rase sakit ulu hati kepada sesetengah nyah, artis mahu pun pemimpin akhir zaman yang turut menjaya kan majlis Pertandingan Ratu Ratu Nyah Malaysia yang baru baru ini di langsungkan.
Kenapa sakit ulu hati? Kan diorang nak jadi perempuan sangat, dah aku cakap bahaya jadi perempuan then makin menambah lah kegusaran dan keresahan perempuan perempuan wannabe tersebut.
Susah lah nak cari makan pasniyh, sebab takot bahaya punye pasal. haktuih.

If aku listkan Best Nya Menjadi Perempuan risau semakin meninggi peratus lelaki murtad jantina karang. Dah lah melayu semua, tak pelbagai kaum. Memang tak 1 Malaysia langsung lah nyah nyah nie. haish.

Aku patut berhenti sekarang sebelum banyak lagi insan lain yang aku tak puas hati masuk dalam list niyh.

Salam 1 Melayu (racist kan? peduli hape haku. Har har har)