Hari tu, rase macam duit banyak sangat. Malas nak naik bus, alang alang nak habis duit. Jomlah naik teksi.
di sebabkn Ego's time itu belum wujud lagi, maka berjalan lah kedua kaki ini untuk menahan bus atau teksi.
Lagi pon time tu, memang kena pergi tanpa kenderaan. Kawan dari Johor datang dengan family, jadi tour guide tak bertauliah lah nampak nyer nanti.
Jadi nawaitu nak naik bus bertukar nak naik teksi pulak.
Baru jer nak cecah bontot kat bangku bustop tu, dah nampak teksi dari jauh. (sila tahan teksi yg tak berapa baru..takot mahal sgt)
Tahan lah dengan tangan (mestilah kena tahan dengan tangan, dengan kaki kurang ajor sangat, satu lagi takot tak nampak pulak)
Dan dia (teksi) berhenti.
"you mahu pergi mane..?"
"Melake Central"
"ya ya. naik naik.."
selang beberape minit kemudian...
"u belajar lagi ke.?"
"a'ah.."
"dekat mane..?"
"kuantan..."
"you nie melayu ke cine ke ape..?"
"memang melayu..(tersengih)"
"oowh.. i ingat you cine. Muke you tak mcm melayu langsung.."
"uncle baba ke cine..?"
"i ? i cine maa.., you memang tak de keturan sini..? baba nyonya..?"
"memang takde...."
" nenek you..?"
"melayu uncle.."
"keturunan islam ke ape..?"
"err..memang semua melayu agame islam.."
"mane ade punye. I jumpe jer melayu tapi bukan islam.."
" owhhh "(dalam hati, malas nak layan)
Diam sekejap. kejap lagi dia bunyik balik (pemandu teksi)
"you belajar hah, sape tanggung you? pinjaman ke ape..?"
"pinjaman..MARA."
"owhh..itu MARA. parents you bagi you duit tambah lagi ke?"
"bagi....err, uncle. tadi uncle cakap..uncle jumpe melayu tapi bukan islam? uncle jumpe kat mane?"
"hahaa (ketawe kecil). banyak sini sini punyer. Ui**, itu Yayasan M*****. student student situ ramai melayu saje. Tapi bukan islam lah.."
"mane uncle tahu diorg bukan islam..?"
"uncle kenal punyer. Diorang sudah convert."
(tibe tibe jantung terase seperti semakin laju. Rase macam lagi panas jer dalam teksi tu)
"diorang haa..,itu serupa macam you. Mane ade pakai tudung punyer. Mahu freedom. You sembahyang susah kan? You convert, you tak sembahyang pon tak pe. Same saje, masuk syurga jugak. Semua agame ajar buat baik..You baik, you masuk syurga. You cume kena pandai pilih..macam yang lain lain pilih"
"biarlah diorang uncle.."
"I tahu you mesti tak faham lagi macam macam ini. Nanti you dah tahu, you mesti mahu change punyer. sekarang you islam kan, macam macam you tak boleh buat. tak bebas maa."
"owhhhh
(dalam hati, ya Allah, cepat lah sampai!)
"you takut parents you tahu kan, you simpan lah baik baik. sendiri sendiri saje. If one day, you kena buang dari family you hah, still ade orang jage you.."
"Uncle, christian ke..?"
"mestilah. ramai orang happy jadi christian. you tak nak try..?"
"eshh. xpe xpe, i okayh jer sekarang"
"haiya.. you jangan takot. Facilities nanti, semua boleh bagi kalau you niyh fresbie lagi..You mesti tak regret. Sekarang you tengok dunia, christian is number one. You tengok siapa yang paling good in everything? All is in christian. i bukan nak ajak you convert sekarang, bagi you fikir dulu. Sekarang memang you tak nak, nanti bila i tunjuk you macam mane, i sure punye, you suke"
Dah sampai terminal.
"err.. thanks uncle. Berape niyh uncle..?"
"hari ini, hari good you, no need to pay."
"eh, mane boleh macam tu uncle.. RM15 ke berape niyh..?"
"hahaha(ketawe kecil lagi) You amik i punyer name card, you mesti perlukan nanti" (sambil menghulurkan card)
"aaa..tengkiu uncle.."
teksi dah berambos.
(dengan selamber buang card tersebut, sempat lah tengok sekejap.)
p/s:
Dear uncle teksi,
even saya free hair..alhamdulilah saya belum lagi nak free dari segale segale nye. Dan memang saya tak nak free untuk semua. Freedom ke freemason ke ape ape ke. TAK NAK. Memang sembahyang saya tak cukup 5 waktu, tapi saya tak pernah terfikir untuk tak melakukan nyer terus dengan sewenang wenang menukar cara sembahyang sekali gus menukar agame. Memang iman saya senipis kulit bawang, tapi insyallah tak boleh buat saya menukar agame saya dengan ayat seperti "buat baik, boleh masuk syurga" "semua agame sama, ajar perkare yang baik baik"
Mungkin betul DUIT BOLEH BELI SEGALA NYE, tapi semoga berkat ayah saya azan ke telinge saya sewaktu lahir dulu tak jentik hati saya dengan menukar agame kerane KESENANGAN DUNIA.
Sesungguh nya saya sangat bersyukur dengan BANGSE, keturanan dan AGAME saya sekarang. Insyallah, saya sentiasa mencube untuk menjadi yang terbaik, bukan untuk orang lain..tapi untuk diri saya sendiri.
Dan semoga uncle jumpe seseorang yang boleh bukak mate kepale uncle MANE MANE AGAMA TAK SAMA DENGAN AGAME ISLAM.
sekian.
(ini adalah kisah benar, bukan rekaan. Sebenar nyer perbualan panjang dan banyak lagi, tapi ambil mane mane yang penting dan yang masih ingat. Kebanyakan nyer is in english sebab dia cine sengapore. Ape ape pon, tak nak jumpe macam niyh lagi. Cukup lah sekali!)
moga sentiasa dijauhi dugaan2 seperti ini. ini mmg semakin byk terjadi di malaysia. hati2. penghapusan islam secara halus mmg sudah lama ada dimalaysia.
ReplyDeleteMemang tahu tu..tapi tak sangka pulak kena kat batang hidung sendiri. Haishhh.
ReplyDeleteEmm bagus2.... dpt prthnkan iman!! Semoga uncle tu mampos xcident masa bawak teksi!! :P
ReplyDeletedicari atau mencari??
ReplyDeletediminta atau meminta??
terjumpa atau dijumpai??
sengaja atau kebetulan??
tepuk dada tanya minda...
i xpernah percaye pon this is would happen to me. I didn't ask anyone to believe. I told my friends before about this, they said "you should share it to others..its good experience"
ReplyDeleteI said ok..and i did. Share it.