Saturday, May 26, 2012

Try hard as yourself can be.

Situasi 1
A : "eh, nak diet lah.. nak badan cantik macam..errrr.. megan fox!"
B : "Hell-o, she hot as no others can be.."
A : "yaa.. i know. Just forget it..."

Situasi 2
A : "Cantik lah make up mata dia.."
B : "Kau tengok ape?"
A : "Tutorial kat you tube niyh.. make up mata smokey eyes..macam video klip J.Lo. Nak buat lah.."
B : "Boleh ke jadi sama....?"
A : "err.."

Situasi 3
A : "Nak jadi sopan santun, comel macam nora danish boleh tak.... hikhikhik.."
B : "For what... Dia memang camtu sejak lahir kot. Kau sejak lahir, lempang harimau pon dah boleh.."
A : "Geshh!!"
B : "See???"

Ok, my point here is WE CAN'T BE GOOD as OTHERS CAN BE. 
Tak faham ?

Contoh situasi 1, nak badan macam niyh :


For real, memang SUSAH, bukan MUSTAHIL.. tapi just susah nak dapat or usahakan badan se-smart macam niyh. Betul?

Kalau dah sejak lahir, ketot macam pokok pisang, guaner nak dapat badan macam niyh ?


Jadi, the konkulusi (ape niyh?) The conclusion nyer.. ialah buat lah the best mana kita boleh jadi.
Betul?
If sekarang berat 88kg, then nak aim kurus kan until 68kg for atleast 3 months from now.
Realistic kan ?
Tak kan nak target turun 100kg sebulan.
Boleh memang boleh, tapi takut benda lain pulak yang jadik... jatuh sakit ke.. jatuh katil ke... jatuh hati ke...

Ok, lepas dah berjaya turun kan badan, aim pulak perkara lain and 1 per 1.

1. Perut flat = 3 bulan paling lama.
2. Toned legs = 2 bulan paling lama.
3. Rambut panjang mengurai, lebat sihat berkilau kilau = 1 tahun mungkin ?

Kita memang boleh buat, cuma tak boleh dapat sekali gus. Dapat kan satu per satu dulu.
And the important things, macam mana kita boleh nak jadi macam orang lain kalau setiap manusia adalah tidak sama dan sememang nye berbeza ?

Artis tu, dah buat tu yang the best untuk dia, so dia dapat figure body best macam tu.
So kita pon do the best as we can do, as capable as we can achieve, then insyallah kita pon dapat figure body the best of the best even memang mungkin tak se HOT beliau di atas. Faham ?

Sama lah macam contoh situasi 2 dan situasi 3.

I know... i know... ramai kan gegurl yang tengok make up tutorials kat you tube.
Make up macam barbie doll.
Macam Japan or like K-POP artis. Kan kan?

Eh tapi buat buat pon still tak sama pon macam diorang ?
Tak se shumel K-POP lah...

Memang.
1st, kita orang MALAYSIA. 
Mata tak sama, bentuk muka tak sama..
Hidung pon tak sama mancung (even diorang ade jer mancung sebab buat plastic surgery, kuikui)
Kulit mungkin lah boleh jadi kan bersih, tapi tak lah secerah selicin mereka..
Diorang duduk iklim sejuk.. patut pon cerah. (ade kene mengena enh iklim dengan kulit?) Ade!

So, nak buat ape tengok tutorial beauty lagi kan ?
Tengok untuk guide. 
Untuk panduan. 
Macam nak driving kereta, tak boleh main hentam. Boleh bawak, tapi nanti bawak tak betul boleh dapat maki se dassss dari pengguna jalan raya.

Sengal betul. Dah tahu jalan tengah sesak, tak payah lah nak wrong way. Eh itu highway lah...! Bukan jalan kampung.
Tengah bawak syok syok laju, tibe tibe nak brek mengejut sebab ade benda asing tanpa rase bersalah lalu. Tahu lah bawak moto, memang lah muat, tapi still sempit tau. Tu wrong way lagi. Mane boleh bertentangan. Faham?
Haishhh (boleh ade selingan tak puas hati sekejap?haha)

Sebelum niyh mungkin tak tahu, foundation kalau gune sponge lebih better. Dulu guna ibu jari kaki, sekarang dah tahu, so dah dapat ilmu.
Dulu pakai mascara, tak tahu guna cara yang lebih berkesan. Dah tengok tutorials... Lagi tahu kan ?
Dulu pakai eye shadow guna jari yang sebesar kerepok lekor niyh, patut lah sampai ke kening eye shadow nyer singgah.
Dah tengok, dah belajar teori.. owh.. kena guna berus dia.

So benda benda macam niyh, kita tengok.. apply kat kita sebagai guide.
Untuk tak salah cara. Untuk tip tip best.
Bukan nak tiru bulat bulat sampai sama jadi macam beliau.

Contoh situasi 3 pulak...
Sebagai manusia biasa, mana ade tak buat salah. Kita bukan maksum.
So kalau kita ade niat nak jadi manja manja comel tu, boleh lah sangat.
Ada niat nak berubah baik sikit, tak banyak pon.. tapi ade lah jugak nak berubah.
Mungkin sebab sebelum niyh, perangai kita... dah boleh jadi pelakon pembantu KL Gangster 2.
Garang bebenau. Cakap tu macam, keturunan 3 batu. Tahu keturunan 3 batu ?
Keturunan yang bila bercakap, 3 batu jauh dah boleh dengar dah.
So tak salah nak cuba macam orang lain. As long as, tidak lahhhhhh jadik lagi dasatttt.

Speak to myself too..
Everyday i'm shuffelin. 
Bukan bukan, everyday everybody, everyone trying to be a better mannn.. (boleh macam niyh?)


Ok, just to share a little update. Bye.lebyu, muahmuah!

No comments:

Post a Comment