Sunday, October 7, 2012

CEREWET ke? #1

Ok rase nya macam nak buat entry bertulisan sahaja tanpa gambar sebab malas (mestilah sebab malas, tak mungkin sebab rindu)
*tiba tiba je. Tapi takpelah, syarat entry saya musti ade 1 pic. erk.

Situasi 1 
ME : "Nasi goreng biasa satu.."

BRO eh Nasi Goreng : "Okeyh. RM3.80"

ME : "Eh nasi goreng niyh ade letak veggie yang kacang peas, jagung, carrot tu kan ? Tak nak enh."

BRO eh Nasi Goreng : "Tak nak sayur lah niyh?"

ME : "Sayur lain takpe. Tapi sayur wane wani tu tak nak. Lepas tu letak kicap lebih. Aaaa..pedas tau."

BRO eh Nasi Goreng : "Ok boleh."

ME : "Eh jap jap. Letak udang ke sotong ke ayam ?"

BRO eh Nasi Goreng : "Udang. Kenape?"

ME : "Sotong ade?"

BRO eh Nasi Goreng : "Ade."

ME : "Ok, letak sotong. Udang or ayam tak nak."

BRO eh Nasi Goreng : "(Diam. Angguk.)"


Situasi 2 


Customer A : "Dik, seluar jeans niyh original?"

Adik B : "err..original kak. Tapi ada reject sikit lah"

Customer A : "Reject dekat mane ?"

Adik B : "Akak kena cuba dulu. Sama ada tak selesa jahitan peha ke, atau mane mane kaki yang singkat sikit atau warna seluar niyh lain dari pattern dia yang sama jenis"

Customer A : "Oooouhh.. Mahal nye dik. Dah reject pon jual mahal ke?"

Adik B : "Heehee.." *senyum tak ikhlas. Sini Over-Run Factory Outlet sama macam Reject Shop jugak.

Customer A : "Alahhh.. sape sape boleh letak name ape dikk oii. Hurmmm.. Akak nak cari seluar jeans jenis boot cut. Ade ?"

Adik B : "Ada 2, 3 jenis brands. Akak tak kesah brands ape?"

Customer A : "Akak nak yang macam niyh. Tapi mahal lah. Dah reject pon mahal. Tah betul tah tidak niyh ori.. Adik carik sama macam pattern yang niyh ade? Tapi jangan mahal sangat. Bawah RM30 ke.."

Adik B : "Kalau bawah RM30 rase nye.. (*sambil mencari cari) Hah, yang niyh"

Customer A : "ehhh.. kau niyh dik. Tak lawa langsung hah."

Adik B : "err.. Yang niyh paling murah kak. RM39.90."

Customer A : "Yeke.. ala dik. Company kau niyh, amik seluar kat Siam niyh. Lepas tu jual mahal dekat siniyh. Akak niyh hah, husband akak selalu beli seluar Lee ke Levis's ori. Macam nak dekat sama jer harga dengan seluar reject kau niyh."

Adik B : "Tak tahu lah kak.. saya tolong jual jer. err. Kak yang macam niyh?(*tunjuk seluar lah, tak kan tunjuk jari sebelah telunjuk pulak) Harga RM69.90. Hampir sama dengan yang tadi."

Customer A : "Hah. Boleh jugak. Saiz 34 ada?"

Adik B : "Tak ada. Tapiiiiii akak boleh cuba saiz 33 atau 35. Sebab bila seluar reject macam niyh, kadang kadang size dia salah. Akak boleh cuba, ada fitting room."

Customer A : (*sambil belek belek seluar) "Eh niyh ape butang warna lain niyh dik. Tengok, benang pon banyak terkeluar."

Adik B : "Owh.. benang terlebih tu saya boleh tolong buang kan. Butang tu memang datang ada 1 2 yang warna gold. Yang lain warna silver."

Customer A : "Macam tak match jer warna gold dengan seluar jeans biru.."

Adik B : "Seluar Guess yang akak nak tadi pon, butang dia warna gold lah kak.. Lagi pon, tak nampak nanti akak dah tutup dengan baju.."

Customer A : "Pandai kau bercakap enh.. Ala, size pon tak de hah. Malas lah akak nak try saiz lain. Saiz akak memang 34."

Adik B : "Ok.."

Customer A : "Takpelah dik. Daripada beli reject reject niyh, beli ori terus lagi bagus kan.. Mahal lah kat sini."
#Berlalu tanpa mengucapkan terima kasih. Good.




Situasi 3 
BFF : "Weh.. ade lauk tempoyak. Nyum nyum. Nak kongsi beli tak? Besar kot ikan patin niyh.."

ME : "Aku tak makan tempoyak orang lain buat... Mak aku buat jer aku makan"

BFF : "Asal pulak ? Tak sedap? Tempat niyh ramai orang cakap sedap lahh"

ME : "Bukan lah.."

BFF : "Dah tu?"

ME : "Errr.. entah lah. Tempoyak tu durian kan ? Lepas tu diorang kupas kupas, perap jadi tempoyak kan ?
Hah..part tangan yang mengupas tu aku tak lalu nak bayang kan. Tangan mak aku takpe sesangat..."

BFF : "erk. Kalau dia kupas guna sudu?"

ME : "Mane ade. Ngarut jer. Kau cuba bayangkan, sedap sedap kupas, pastu jilat tangan sekali. Lepas tu kupas kupas lagi. Pastu jilat lagi. Sedappp ennh. Kot kot Ade air liur ke.. eee."

BFF : "Cerewat ngat kau niyh. Tapi Kesiamang jugak bulu tengkuk aku dengar."

ME : "Takpe..tangan makcik tu macam tangan Nora Danish lagi aku usha usha tadi. kuikui"


So, mana satu yang boleh di ketegori kan cerewet ?

Well guys, i think everyone have a vary definition of cerewet. Aren't you?
I will try to give clearly view of cerewet (*according to me) in next entry. *hopefully i do.
I really want to sleep rite now! Barbai!

No comments:

Post a Comment