Saturday, January 1, 2011

Aku Melayu

Sejak beberapa hari yang lepas, saya cepat berase tidak puas hati dengan apa yang saya baca.
Tidak kira di TV.
Suratkhabar.
Mahu pon di radio.
Semua nyer mencetuskan sedikit api kebencian.
Menahan kemarahan hingga berguguran bulu bulu ketiak ketika membace.
Terbakar kening kening menahan sakit nya mata dan hati.

Yea, tentang perlawanan bola sepak Piala Suzuki tempoh hari.
Fitnah kita menang melalui laser. Trending dalam dunia berita paling ngeTOP.
Perancangan Coli laser.
Penyokong Malaysia di Indonesia terhad giler, kena duduk di antara tengah tengah penyokong Indonesia.
Ugutan yang berbakul bakul.
TERbaek kau niyh Indonesial, opsss typing error. Indonesia.
Walau macam mane sekalipon, memang kena akur. Tiada apa yang boleh di buat kecuali meluahkan.

Semasa saya form 4, saya takot giler nak lalu di kelas 4 atau 5 Vokasional. Tak kira elektronik, kimpalan atau automotif.
Tahu takut sebab ape?
Sebab bila PEREMPUAN (bukan saya sahaje yang lalu)
Bila perempuan lalu, mereka akan menjerit jerit. Terpekik terpekik seperti mereka baru berjumpe spesis kami iaitu spesis perempuan. Dan sememang nyer lelaki yang buat. Maaf yer lelaki.
Tapi setelah saya berpindah sekolah, menghadap aliran kelas yang sama. Kos yang sama. Spesis yang sama iaitu lelaki.
Sikap diorang sangat jauh berbeza..!
Sikap normal yang saya tahu sebagai mane manusia normal buat.
Tiada apa yang pelik sekiranya perempuan yang lalu walau dalam kelas tersebut semua nya lelaki.
Hanya kedengaran bunyi tikus sahaje, bukan terpekik terlolong macam tengah tengok konsert black metal.
Macam mana boleh jadi macam tu?

Mentality.
Environment diorang melahirkan output yang berbeza beza.
Sama goes with that days. Pemain kita terpakse menaiki kereta kebal semata mata untuk memastikan mereka tidak akan di apa apa kan.
Kalau fikir logik, memang agak extreme perangai diorang.
Mentality diorg bukan kelas ketiga, bukan kelas fardhu ain atau mungkin bukan kelas memandu.
Susah nak explain.
Mereka bijak mengkritik, menghina, mencaci malah hebat memanipulasikan cerita.
Saya cukup serik dengan keturunan keturunan Indon niyh.
Dah pernah kena batang hidung sendiri, berketurunan Indon..yang bila di tolong..
Langsung tak mengenang budi. Malah mengaibkan saya.
Sangat hebat meraih simpati umum, memanipulasi kan cerita.
Konon nya, saya yang banyak terhutang budi kepada beliau.
Kaki gemuk aku niyh sayang giler kat korang.
Haha,
Terpakse redha jer.
Nanti kau jawab lah kat padang mahsyar.

Atau mungkin haritu aku dah jumpa pewaris paling cocok Astora Jabat.
Apprentice of Astora Jabat.
Astora Jabat pon boleh asah skill up sikit lagi melalui korang.
Mane tak nyer, Astora Jabat niyh mampu membuat satu kefahaman bila yang halal jadi haram.
Yang haram konfem jadi halal.
Dari beriman boleh terus menjadi kufur.
Terer kan beliau?
So semoga berjaya babe kau mengikuti jejak langkah beliau.

Itu kes Indon duduk Malaysia or keturunan Indonesia.
Yang kes orang Indonesia tu..?
Tak boleh nak di salah kan sangat.
Mungkin sebab rata rata dari diorang tidak mampu belajar.
Huruf pon maybe tak kenal.
Bila tiada ilmu, akal akan jadi perhiasan semata mata.
Nafsu lah yang menjadi ketua.
Kebodohan menjadi penyokong utama.
Dan jadi lah kes kes macam tu.
Tapi mcama mane pulak dengan orang kita niyh..
Mengenal huruf dan mampu belajar sehingga ke menara gading?
Cube tengok video niyh.
Pandai betul melayu melayu niyh mengajar orang supaya jadi berguna dan di hormati masyarakat sejagat.



Karam Singh Walia di UGUT memohon maaf...oleh orang MELAYU.
Kepada yang mempunyai tahap kemaluan kelas A. Sila lah jangan tengok.
Saya pon tak teliti betul betul video niyh.
Malu tahap nak mampusss.
Rase nak flush muke kat toilet sebab dalam IC tulis bangsa Melayu.
Karam Singh Walia niyh tengah mabuk kot.
Memang lah terlepas cakap melayu tak berakal.
Kau nak marah marah dia bagai nak rak buku tu buat mende.
Dia bukan islam pon kau nak heboh dia mabuk then take serious orang mabuk cakap merapu merapu.
Watder.. fikir logik lah.

Ok fine lah, kau nak gak dia mintak maaf.
Perlu ke pailang macam niyh?
Samseng ketahian apekah ini?
Fikirlah weih, malu bangsa lain tengok.
Kita bukan nyer hebat sangat pon nak gengster macam niyh.
Tak salah menegur, tapi tunjuk lah sikit kita bangsa bertamadun.
Atleast Karam Singh Walia tu banyak lah jugak berjase.
Yang duduk press press dia niyh, pernah ke buat ape ape untuk bangsa sendiri?
Yelah....marah bebenau orang kutuk bangsa kamu yea..?
Haha. So feeling hebat?
ptui.
Betul lah cakap mantan PM kita, Melayu Mudah Lupe.
Kau tak boleh menidak kan puisi yang di tulis oleh manusia ke 3 terpandai dalam dunia.
Kalau cakap manusia yang pernah di nobatkan  no 3 terpandai dalam dunia kau tak nak dengar,
Cakap siapa lagi kau nak dengar...?
Yang mentality pemikiran nya adalah kelas A.
Konfem dia persis tahu bangsa dia sendiri.
Kalau tak pernah bace, try lah bace. Boleh malu sendiri wa cakap sama lu. (acah acah gengster)
Sedar Melayu tu dulu, taraf dia macam mane.
Tiada masa hadapan tanpa sejarah weih.
Tak sia sia New Boys nyanyi lagu Sejarah Mungkin Berulang.
Cerdas gak beliau mereke Tajuk. haha!

Ape pon segulung dan bergulung gulung Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia.
Majority dalam tu Melayu kan?
Alhamdulilah. Lega sikit.. tak lah malu sangat bila nak jawab pertanyaan bangsa lain, Contoh :

"kenapa melayu ugut marah marah dengan Karam Singh Walia?"
"haa....xpe kan. Haritu kitorang menang bola..."

haha. Tet!

2010,
Terima Kasih Daun Keladi.
Banyak betul mengajar diri,
Terima Kasih Daun Pandan Jauh ke tengah.
Mohon maaf lah marah marah niyh....
Terima Kasih Gunung Daik bercabang cabang.
Ada masa kita bincang bincang lagi.

Wednesday, December 22, 2010

Earney Atyesha like this (Oh Lelaki Idaman)

1. he got a SMILE that i'm willing to die for. Cheewah.

- Pastikan senyuman tersebut di susun rapi oleh sebaris gigi yang putih dan bebas plak plak. Tidak kira plak gigi, plak lampu atau plakton. Taik gigi adelah dilarang sama sekali, dua kali atau berkali kali.

2. He got a funny bones
- Got sense of humor. Personaliti sangat penting kan? Ke fizikal appearance lagi penting?
Perlu kot sumone yang tahu buat kite senyum. Tak lah dari malam sampai cerah buat lawak. Kang ada yang bisu kena lempang sebab tak reti sedar orang dah fed up.

"dahi saya bercakap"

Pernah tengok cerita Pirates of currybean? Suke tak tengok watak and personaliti Jack Sparrow?
Saya sangat ADORE personaliti beliau. Time dia mengusha awek pon nampak cool. Gile gile, sengal, lawak and selamber selamber gitu.
Sumpah rase nak kiss. muah!
And saya memang tak boleh blah dengan romantik bertingkat tingkat. Tolong lah babe. Romantik tingkat 1 boleh?



3. Pembersih
- Mungkin ketegori metrosexsual kot jenis jenis niyh. But ramai jer lelaki yang saya jumpe, pembersih. Tak lah sangat dia punyer metrosexsual sense.

  • Kuku tak panjang. Sama ade tangan dan kaki.
  • Rambut tak basah dengan gel rambut berbotol botol.
  • Bulu hidung tak terkeluar.
  • Leher tak berdaki. eeeeuw.
  • Tiada bau badan. TAK WANGI PERFUME takpe, janji tak berbau.
  • And  memang suke..lelaki muke bersih tanpa misai dan jerawat. Bukan jerawat penuh satu muke. Sila faham konsep jerawat macam mane yang saya maksudkan. Janggut boleh terima. Nampak macho kan lelaki ada janggut..? *wink wink.

4. Smoking?



- Dijelaskan di sini bahawa, saya tahu awak kenal rokok dahulu sebelum kenal gigi kuning, eh silap. Kenal rokok dulu sebelum kenal korang punyer gulfren. Mana ade lelaki yang tak merokok kan? Majority.
So..kalau merokok time lepak lepak dengan member..fine. Still fine with me. Tapi kalau sampai heavy smoking macam almost 1 hour pastu kena smoking..err.
Agak merisaukan saya punyer kesihatan. Dan awok punyer sekali. Ofkos pastu awak ada batuk batuk, duit awak cepat habis... bila batuk batuk..nafas awak berbau. Bila duit habis..mesti awak rela tak topup untuk coll awek tapi rela pergi beli rokok. Kan?

Awak tak segan ke hadap gulfren yang wangi tapi nafas awak berbau?
Awak tak takut bila awak bagi alasan tak de kredit nak call, and gulfren awak jadi fe dup and.. dia ade orang lain masuk line coll dia pulak..haa...?
So, the better way untuk puaskan hati kedua dua belah pihak..is be a social smoker. Kalau berhenti terus..lagi lah sayang lebihhhhhhh. Tak gitu cik adik?

5. Penyokong setia
- Sila lah bagi support even macam mustahel jer awek awak tu dapat buat.
Janji dia tak buat sesuatu yang menjengkel kan.. Jenayah atau melanggar hukum agama islam.
Dia suke maen gitar..awak takyah lah kondem kondem dia. Walau awak tahu lagi 8 tahun akan datang, belum tentu dia pandai main gitar. Dia suke bace APO? then tergelak macam orang gile. Awak tak payah lah halang dia beli buku tu. Ok?

6. Kuat membebel is not allowed here


- Saya akui saya seorang talkactive.
TETAPI,
Saya tak boleh terima kenyataan bahawa lelaki tersebut lebih kuat bercakap dari saya.
Kalau kau bercakap, then aku pon bercakap. Dah tu, siapa nak dengar? Ketua kampung?
Mestilah kau bercakap aku yang dengar. Silap silap kena amik nombor, ikut giliran. Baru boleh bercakap dengan kau. haishh.

And seperkare lagi tentang bercakap.
Maybe kau tak banyak bercakap. Ok ok lah. Normal.
Situasi give and take harus ade, ini tak..,
Bila aku bercakap, kau buat dekk jer. Tunjuk muke mintak selipar.
Tapi bila kau bercakap, wahh..aku kelip mate pon tak boleh. Merajuk terusssssss. Cet!


7. Lelaki Tinggi

Ali Kami The Movie
"Jejaka Idaman" =P

- Tinggi saya 160cm. Please tinggi 10cm lebih dari saya.
Saya minat sangat sangat lelaki tinggi. Tapi bukan tinggi menjulang.

Tak kurus.
Tak gemuk. 
Bak kata lagu iwan, yang sedang sedang saja.



- Tinggi. Badan smart.

Gangsta lageiii =P







8. Simple is more
- Dress up. Simple sudah. Takyah pakai aksesori lebih mengalahkan pompuan pulak....
Style dah macam Jepun Korea..tapi muke melayu jer pong. Alahaiii.
Maybe kau makan ajinomoto sampai terase semangat Jepun Korea kot.
Kalau seswaiii dengan tuan dia.., ala ala jambu drees up cmtu. ok lah.
Ini muke tak habis basuh lagi, heboh heboh drees up macam nak pergi Hongkong Disneyland.
Tak faham betul lah.

Awak nampak jambu lah cik abang
9. You play guitar
- Tahu main gitar. Bukan lah pandai sangat smpai boleh masuk 
"So You Think You Can Be Guitarist ke?" or "American Next Top Reject Guitarist"
Boleh lah mendengkan lagu untuk awek awek di kala bosannnnn. Cool kan lelaki camniyh?

Tyson Ritter, nak couple dengan awak boleh? tet!

10. Show me your sketch
- Yang ini... ramai yang tahu. Ramai yang tak tahu. Dan ramai yang tahu tapi buat buat tak tahu.
Melukis. 
I do love you, sketching man..~
"Ej.. i lap you too.."

11. Sepet like me
- Hehe. pernah tak jumpe, lelaki mata sepet..muke melayu. not chindian or mix fm (radio).
Sweet kan diorang?

Besarkan sikit bijik mata tu

Dan sebagai penutup nyer :



Monday, December 20, 2010

Slim not SKINNY!

Question : kurus tak sengaje..?
Answer    : yer..bila pindah sekolah. Sekolah yang baru tuh..kalau nak balik ke rumah, kena gie bustand dulu. Kena jalan kaki. Agak hensem lah jugak jauh nyer.

Ulasan di atas mungkin agak ringkas macamaner saya boleh slim balik. And request dari sahabat handai serta a few yang pernah gemuk macam saya untuk story mory How to Be a Biggest Loser. Cheeewahh.

Baeklah, sebelum tu saya memang akui ada buat beberape perkare yang turut menbantu kurus balik.
Antare nye :

1. Exercise
- Not truly and fully commitment exercise. Macam pernah saya mention before :
"saya kurus secare tak sengaje sebab Harus jalan kaki ketika balik dari sekolah ke bustand"
So dari sini, boleh lah saya rumus kan, nak kurus cepat or lambat memang kena ada sikit bakar lemak dengan exercise or do something yang boleh buat kite berpeluh.

  • Jadi try lah mencari peluang untuk berpeluh. Jalan kaki daripada naik motor if tempat tu macam dekat , contoh nak gie kedai.
  • Naik tangga instead of gune eskalator or lif.
  • If tengah tengok tv tu, letak remote jauh jauh supaya nanti boleh bangun 2, 3, 4 kali. Jadik lah jugak kan exercise sikit sikit?
  • Boleh jer rajin rajin kan diri tolong mop lantai. Mop lantai memang boleh membakar lemak. Banyak pergerakan, saya buat pon berpeluh peluh. Tutup kipas untuk tambah darjah kepanasan.
  • Iron baju. Yea iron baju. Jangan lah sehelai. Try lah banyak. Pastikan buat sambil berdiri, bukan duduk.
  • Kemas 1 rumah. Complete set menyapu, mop lantai, bersihkan sawang lelabah, susun perabot dan yang sewaktu dengan nye.

 Aku tahu, korang pon memang malasss giler nak bersenam kan? Atleast seminggu kena lah ade 2,3 dari kat atas korang kerap buat. Bukan hari hari rajin kemas rumah, kang terkezut mak kau. Buang tebiat ape rajin semacam.

2. Jangan makan makanan pedas.
- Ini adalah fakta. Makanan pedas boleh menambah kan selera makan. Tak caye? Buat experiment sendiri.
Korang if tak pedas, rase hambar jer nak makan. Betul? So niyh memang boleh reduce selera untuk makan berpinggan pinggan 1 hari.

3. Berus gigi.
- Yea, berus gigi SEBELUM atau SELEPAS makan.
If korang dah makan dan terase nak makan lagi. Boleh pergi gosok gigi. Ni pon just nak kurangkan selera makan. Tak tahu lah korang camner, tapi aku tak boleh kot gosok gigi lepas tu makan. Atleast setengah jam selepas tu, baru ade rase nak makan. Kalau memang tak nak makan, pergilah gosok gigi sebelum makan. Heh.

4. Window shoppings!
- Rase nak beli berus gigi sebatang jer pon. Tapi merayau 1 shopping complexs dulu, baru gie beli.
Cuci cuci mate. Tak lah bosan sangat. Offer offer kan diri nak teman member shoppings. Korang tak payah lah beli, just teman. Janji ada bergerak dalam jumlah yang banyak!

5. Minum Teh
- Minum teh sebelum makan boleh mengecut kan usus perut. Care niyh dapat membantu korang cepat kenyang. Tak di galak kan minum teh selepas makan. Lebih bagus Teh Hijau daripada teh biasa. Bukan teh susu yer.

6. Duduk seperti Kekasih Dia.
- Sunnah nabi s.a.w menganjurkan duduk seperti ini ketika makan :

Pastikan kaki KANAN yang di naik kan. Bukan kaki kiri.

Tak tahu macam mane nak terang dengan jelas. Tapi, if korang duduk macam niyh, korang perasan kan, kita himpit perut. So,..tak lah makan sampai kenyang macam ular sawa. Atleast perut terhimpit tu 1/3 untuk air, 1/3 untuk makanan. Haaa.. Cepat lah rase kenyang.

7. Beritahu MEREKA!
- Yea, if korang betul betul nak kurus memang kena ade orang selalu ingat kan. Saya akan cerita pada adik saya betape saya tensionnnnn gemuk macam niyh. So setiap kali dia ternampak saya macam berpontensi untuk makan banyak dia akan cakap :
"ey gemuk, banyak kau makan?"
haaa..zalim kan? Tapi tulah yang terbaek. Mama saya pon selalu cakap :
"haaa..makan banyak banyak. Kang bising cakap gemuk gemuk, plasters mulut tu."
heeeeeeeeee.
So, pesan lah kat sahabat handai, family ke. Atleast diorang akan bagi support kat korang untuk turunkan berat badan.

8. Perlu ke junk food?


- Sepanjang aku cube turunkan berat badan dulu, memang aku sangat sangat elak kan junk food. And sampai sekarang aku memang tak suke minum air gas. 1st, sebab tak boleh blah dengan darjah kemanisan diorang. 2nd sebab gas dia. Tak suke. Tak tahu nape.
Roti canai tue lagi maha hebat kalori. Jangan makan. Runner up kalori hebat ialah roti. roti putih tu..roti biase tuh. 1 keping roti bersamaan 4 pinggan nasi!
Pisang pon. Pisang bukan buah yang seswai di makan ketika diet.

9. Makan malam.
- Ok, makan malam sebenarnye antare petua awet mude.
Tapi sebabkan korang nak diet, so tak boleh lah makan makan malam. Dulu aku pon makan jer malam tapi buat selepas pukul 9.00 malam dah tak boleh makan. Sebenarnye yang paling bagus ialah makan sebelum pukul 7.00 malam.

10. Tidur siang? Oh NO!
- Kalau ikut sunnah nabi s.a.w kite di sunat kan tidur antare waktu zohor dan asar kan..? So, jangan tidur selepas asar! Nanti montot lebarrrrr.....haha!

11. Gigih kan hati, tabah kan perasaan.
Smart body
- Semua perkare tak akan jadi real if kita buat hangat hangat taik kambing....... Betul?
Korang perlu ada seseorang di jadikan sebagai idol untuk slimm. Contoh, Megan Fox. Awesomeeee..!
Dia tak lah kurus gile macam isteri David Bekam tu. Eeee..tak selere mak tengok nyah. Haha!

  • Selalu selalu berangan macam mane lah rupe korang bila dah slimmm..~ wow.
  • Fikir lah, ade orang berjaye jer kurus..tak banyak pon sikit. Tak akan korang tak boleh buat.., kan kan?
  • Simpan azam, baju the coming soon semua saiz S atau M. Hiphip hooreyy!
  • Berkawan dengan mereka yang tidak bersize seperti anda, konfem lagi berkobar nak reduce weight! 
  • Untuk your boyfie/gegurl lebih lebih suke kot. (bf saya lagi suke saya gemuk. cait!)
  • Ada baju idamannn................~
Dulu kan, saya ada beli seluar jeans. Time beli saiz 28 macam besar sangat. 27 okeyh, tapi pinggang longgar. 26 muat pinggang, tapi tak muat peha. Ketat giler!
Jadi saya beli jer saiz 26, simpan almost 3 months..and alhamdulilah lepas tu.
Boleh pakai dengan hensemm nyer! Yaw.


So, selamat selamat selamat mencube ape yang saya dah cube!


Friday, December 17, 2010

GEMOK 2.0

saya version Gemuk 2.0

saya version KURUS
 Q : Question 
 A : Answers

View interview :
Q : Cuak tak nak reveal gambar kehodohan?
A : Cuak lah bhaii. Tanye pulak.

Q : Agak agak bahagia gemuk cenggitu?
A : Bahagia nak mampos. Takde sapa perasan saya wujud. Lalalalaaa~

Q : Rahsia kegemuk kan...?
A : Sila lah duduk asrama. Makan pagi, tengahari, petang dan malam. Semua dalam kuantiti yang bernas   untuk gemuk secare mendadak. Dan jangan lupe, sebelum tido makan makanan yang di jual oleh warden asrama. Jadi 5 kali anda makan, campur kat kantin sekolah time rehat sama dengan = 6. Cool?

Q : Makan dengan berjaye lah niyh? Ada masalah perasaan menghadapi nyer?
A : Berjaya Megamall, Kuantan Pahang. If kat asrama..tak lah sangat menghadapi tekanan perasaan. Ramai jer gemuk secare berjemaah kat situ. Maybe sekumpulan jer kot senior saya yang solid molid.

Q : Dengar cerite, tukar sekolah pastu. Tukar sekolah sebab tak nak duduk asrama ke?
A : Aiseyman.. masuk berite ke? Eh tak lah. Ekceli jadi gemuk amat lah tak bagus. Sumpah mengantok giler dalam class. Sebab kadar kolestrol tinggi dalam badan. Ia mencepat kan kite rase nak tido selalu dan rase sangat cepat mengantuk. Semua cepat cepat. Tak caye tanye sape sape duduk hostel. Memang tak leh avoid ngantuk dia. Eh, jap jap, saya dalam rancangan ape niyh..?

Q : Rancangan kau tanya kau jawab.
A : erkk.
A : Selain mengantok, gemuk pon boleh buat kite tension semase nak beli baju. Bayang kan before gemuk saiz S. Bila gemuk L pulak jadi label. haishh.

Q : Eh tak tanye pon dah jawab sendiri...?
A : Next question pleaseee...

Q : Kau cakap mengantok mengantok, tak tido ke memalam..?
A : haish. Konfem lah tido. Masalahnyer yang aku pelik, time berdiri nyanyi lagu Negara Ku pon boleh tertido. Hebat tak hebat tahap mengantok macam tu...?

Q : Wah kau pulak tanye aku. Dah camner boleh kurus balik niyh..? ko hisap dada enh..
A : Wah kau, kecik kecik dulu jer aku hisap dada mak aku.

Q : kau hisap dadah enh..?
A : Tak. Mane boleh. Belia Benci Dadah kan niyh...kurus sebab tak sengaje lah. Ada gak try try diet. tapi macam tak jadik jer setiap kali.

Q : kurus tak sengaje..?
A : yer..bila pindah sekolah. Sekolah yang baru tuh..kalau nak balik ke rumah, kena gie bustand dulu. Kena jalan kaki. Agak hensem lah jugak jauh nyer.

Q : Tu pic kurus time bile?
A : Sem 1 ke 2. After 1 tahun lepas gemuk.. Sebab gemuk time form 4 & 5.

Q : Wow! take a year gak nak kurus yer..?
A : yup....depends lah. Kalau betol betul diet, tak lah a year. Sebab diet pon hangat hangat SPA Q, jadilah lambat cenggitu.

Q : Minat ceter SepakKu eh SPA Q?
A : Minat lah.. Dato Siti berlakon.
Q : Lagu tema jer Dato Siti punyer lahh hooiii.
A : Sukati tumit kaki lah pon...

Q : Takde diet langsung..? Tipu niyh...................
A : Just tak makan malam kot. Kan dah cakap tadi, asyik tak berjaye diet. Makan jer macam biasa..
Just tak sehebat dulu lah., time kat asrama.

Q : Best kurus?
A : Perempuan mane tak suke kurus lahh deyyyy. Best lah kot.

Q : Time gemuk ade orang nak?
A : Ada. Time bulan 9 form 4.

Q : Wow! (tepuk tepuk pengakap sekali) Siapakah jejaka mithali tersebut?
A : Farhan Basri. di ulangi, Muhammnad Farhan bin Basri.

Q : Kirim salam kat dia. Berjaya melihat kecantikan dalaman anda.
A : Kirim duit tak nak? Berjaya melihat Personaliti anda. Selamat sikit ayat tuh.

Q : Last question, selepas niyh agak agak boleh gemuk camtu lagi?
A : Kalau cuti semester 8 bulan, tak mustahel sejarah mungkin berulang. 

Q : sejarah mungkin berulang, New Boys..? 
A : Choyy. next question.

Q : Tu soalan last lah adik manis.
A : Okeyh. muah muah! 





p/s : Berangan ade orang temu ramah saya sebab berjaye dulu dulu turunkan berat badan. Ala... macam talkshow selalu selalu tu. Tak pon macam The Biggest Loser. kan..?
Itu sahaje.

Thursday, December 9, 2010

my PATIENCE running thin


Pernah tak beratur di mesin ATM dan tibe tibe rase tak sabar menunggu giliran...?
Dalam masa yang same, orang last di hadapan kite mengeluarkan duit lebih dari satu kad.
Atau bengang sebab mesin tu sendiri lambat giler proses? Pernah?

Pernah rase malas nak jawab, malas nak layan, or memang menyirap nak jawab bila :
Kyusuk gile tengok tv tibe tibe datang member/adik/kakak/abang/bf/gf atau mungkin mak ayah sendiri(memang lah mak ayah sendiri, tak kan mak ayah jiran sebelah pulak) tanye macam macam.
"eh kenape jadi macam tue? haritu bukan dia dah mati, nape hidup balik niyh?"
"wahh.. kesian dia EJ, anak dia bernafas gune hidung sebab ape...?"
"dia berlakon dalam cerita Lagenda Budak Syaitonn kan?"

Macamane nak terang cerita yang dah 1 jam tengok? Terang dalam mase 5 atau less than 3 minute. Sebab kite pon tak nak terlepas cerite and maybe kadang kadang kita pon belum faham lagi apehal dengan cerita tue!

Rase tak sabar nak sesuatu dengan cepat. Siap cepat. Sampai cepat. Inginkan sesuatu keadaan/perkare dalam keadaan yang di kehendaki. Pernah?

Saya memang tak boleh mengajar orang. Contoh nak mintak ajar sesuatu. Dah 8 jam bercakap, tibe tibe keluar bunyik :
"ape tadi?"
Atau tanye soalan yang same  lebih dari 3 kali.
Atau menerangkan kembali lebih dari 3 kali sesuatu perkare yang memang saya dah faham.
Atau mintak saye lakukan sesuatu lebih dari 3 kali.
"jangan lupe beli syamfuu herbal essence tau.."
15 minutes kemudian..
"Herbal Essence enh EJ.." dan 15 minutes seterusnyer.

Semasa di semester 3, saya pernah excident . Excident yang kalau di kaji kaji punca nyer datang dari panas hati. Or failure to be cool in time.
Malam tue,
Nenek saya nak sangat makan sup sayur. Dia nak makan sup  yang bukan dari rumah, nak yang kat kedai. 
Saya redha jer pergi. Time tue memang tak de niat langsung buat sebab terpakse. Masih dalam keadaan bertenang. Selalu nyer kalau pergi kejap kejap macam tu, saya pergi seorang diri. Sebab dapat adik yang tak reti bahase, dia nak ikut jugak. Maka pergilah saya dengan dia.


Setengah jam tunggu 1 bungkus sup sayur.. masih dan masih tak sampai sampai lagi. Tengok yang datang lambat dari saya dah dapat makan pon. Saya cube buat buat tak perasan dengan waktu yang berlalu..berborak dengan adik yang kyusuk bercerita mengenai hal sekolah rendah, basikal, Ben 10 dan sebagainye.
Perasan semakin tak sabar datang bila setitik air singgah kat muke saya. cehh..hari nak dekat hujan!


Saya panggil dengan elok sorang adik manis kat kedai tu.
"dik...sup sayur order tadi agak agak hari raye pertame ke hari raye kedua boleh siap?" (tipu jer)


"dik..sup sayur order malam semalam dah siap?" (tak dapat menahan diri untuk menipu lagi)

yang niyh betul:
"dik..sup sayur order tadi..dah siap..?"
"ehh..lupe lah nak bagi order..kejap yea."


haha EJ...best tak hidup?
Setelah siap dalam 15 minute macam tu, saya sendiri yang kena pergi ke kaunter dan ambil sup tersebut.
Sumpah rase macam nak bertukar sekejap jadi babi hutan, sondol sekor sekor kat situ.
Semase on the way nak balik rumah, memang hati saya masih membare bare. Pulas pulas minyak.
Time tue barulah saya terfikir nenek saya sangat menyusahkan. Makan nak memilih. Banyak jer makanan kat rumah. Sakit hati lagi kenape service macam bontot ayam, terkemut kemut buat kerja. 
Dan akhirnya..tiba di satu simpang, 
Saya tak dapat mengawal kelajuan.., tak sempat break. 
Pilihan yang ada, rempuh kenderaan atau rempuh kebun orang. Kawasan kampung kan.
Saya rempuh kebun.. Pilihan yang paling selamat.
Yang ada kawat kawat berduri separas dengan leher saya. 
Selevel dengan bahu dan juga dada saya.



Alhamdulilah, adik saya..satu calar pon takde. Malaikat sambut dia jatuh mungkin. Sebab saya sempat tolak dia dulu.Van yang laju dan terlebih masuk line orang tue pon lenyap entah kemane. Sebab dia saya hilang kawalan! Shit! End about that.

Selepas kes tue, saya agak fobia bawak motor...sampai lah sekarang. Tak tahu mane hilang keberanian dulu. Sekarang, bila nak bawak motor tapi tengah takde mood, saya akan pandang parut hensem di lengan kiri saya. Terus happy go lucky. Wuhuu.
Dan di sebabkan hal tu...saya masih tak sambung sambung amik lesen. Scared. Funny of me. cehh.

And after that...walau ape pon terjadi, saya cube bertenang dan bertenang. And a few tips to share. Ada yang dah cube..ada yang belum lagi.

1) Cube mengira. Contoh dari 1 - 99
- Boyfriends saya antare makhluk yang selalu buat saya hilang sabar. Sementare tunggu dia sampai, saya akan kira dari 1 sampai 99. Kiraan ini akan bermule setelah 10 minutes menunggu. Atau setelah berlaku nyer ke tidak sabaran. If setelah kiraan 99 dia still tak sampai sampai lagi. Saya akan telefon, tanye dia kat mane. If dia jawab dah nak sampai, saya akan kire semula, tapi jumlah nyer berkurang jadi 1 hingga 77 pulak.

2) Diam seketika. Jangan pandang objek/manusia punca tak puas hati.
- Jika marah dengan seseorang... cube lah diam. Jangan diam pandang muke dia lame lame pulak. Kang ada yang bertumbuk kat situ. Pandang pokok (benda warna hijau yang hidup). Pandang benda yang bergerak (kenderaan...kipas). Pandang langit biru.

3) Tarik nafas dalam dalam. Hembus perlahan lahan. Angkat kening sikit.
- Kajian mengatakan marah akan menbuatkan kadar heartbeat jadi semakin pantas. Berase panas dan ini akan menyebab kan berase tidak selesa seterusnye peringkat yang lebih teruk akan berlaku. Perempuan inhale lebih pendek dan exhale lebih cepat dari lelaki. Lelaki inhale lebih dalam dan lebih lambat exhale. Angkat kening untuk saje saje. Kot kot tergelak...dah tak jadi marah.

4) Dengar lagu atau hisap rokok atau makan gule gule. Cube belek belek henfon tengok gambar sendiri.
- Dengar lagu Siti Nurhaliza "Betapa ku cinta marah pada mu" eh salah,  Betapa ku cinta padamu. Perempuan mengandung dilarang merokok. Lelaki perut seperti mengandung takpe untuk mencube.

5) Jika penat, Jauhi perkare yang boleh menbuatkan anda rase lebih stress.
- Contoh telefon buah hati. Mungkin anda memiliki buah hati yang suare nye sangat mengasyikkan. mengode jiwa dan sanubari.. tetapi percayelah, salah cakap sikit or misunderstood, bakal mengundang marah. Kalau penat terus tidur or makan. Macam saya selalu buat...~

6) Soothing words.
- Ape yang di maksud kan dengan ayat penenang niyh..? Mungkin yang paling bagus adalah beristighfar. Tapi kalau tengah nak naik syeikh sebab tahan bengang, mandi bunge pon..belum tentu berjaye. Soothing words contoh macam "Gucci....Prada....Fendi...." if perempuan. If lelaki "Honda... Proton... Hyundai..."
Sebut perlahan lahan..,satu persatu sambil tarik nafas and lepas slowly with the words. Ulang jika perlu sampai rase bertenang. Sebut jename/name orang/tempat yang memang kegilaan and kesukaan korang! owhhh! i like~

7) Fikir yang "Jap enh aku cool down dulu, kejap lagi aku slowtalk dengan kau!"
- This is how we express our anger with good management. Fikir untuk tunggu dulu, takut ade yang masuk hospital tercekik keyboard komputer. If tak dapat gak nak slowtalk.. Cube marah dengan cara memerli. Tengok Oh Yeah kat astro? Budaye memerli. Cool giler.

8) Fikir kenape aku nak marah? or Kenape aku marah marah niyh?
- Contoh macam adik saye, dia sangat suke tanye macam macam. Panas hati nak jawab. Malas nak terang.
Cube pandang mate dia.., innocent giler. Kenape nak marah kalau dia cume nak tahu. Dulu kecik kecik kau pon macam tue. Macam macam nak tahu, nak tanye. If tak nak jawab time tue, sebab takde mood bagitahu dia..
"Malam nanti aku cakap"/ "tak tahulah.., tak belajar lagi.."

Macam adik saya, dia memang akan tunggu sampai malam nanti. Jadi saya akan cube bagi jawapan sebab terharu dengan ketabahan dia menuggu. Saya akan cube fikirkan kebaikan seseorang tue pernah buat, even untuk hal kecik kecik.

"Di sebabkan adik saya ada time excident malam tue, dia lah yang menjerit jerit kat tepi jalan mintak orang ramai tolong saye. Mama saya bagitahu, semase dia tidur, airmata dia masih tak kering kat kelepok mate dia. Betape dia teringatkan kakak dia kat hospital. Cermin mate adik saye hilang time tu, dan rabun dia lebih teruk dari saye.. Tanpa fikirkan dia memang tak akan nampak kenderaan yang datang, di tambah malam yang gelap pekat sebab nak hujan, dia berdiri tengah tengah jalan untuk mintak bantuan. Sedangkan dia pon berisiko untuk kena langgar. Tak baik kan layan nak tak nak pada orang yang pernah merisiko kan nyawa untuk kite?  Sorry my dear..~ "

Oleh itu..kalau nak marah dengan insan tersayang, tak kire sape. Dapat dapat lagi mak ayah, fikirlah kemuliaan, kebaikan dan pengorbanan yang pernah dia buat untuk kita.

9) Orang yang marah marah, sebenarnye mereka sedang menunjukkan kebodohan diri sendiri kepada orang lain.
- terima kasih Dr.Tuah Iskandar al-Haj. Saye adore awak sangat. My best motivator. Buku motivasi paling sempoi pernah saye bace. Macam bercakap dengan kawan kawan jer ayat dia. Lawak pon jenis lawak berIQ. Bukan lawak bodoh atau lawak buat buat. Try bace "Membina Imaginasi Cemerlang"
Konfem lepas bace rase macam nak jadi Bill Gates. haha! You terBaekkk ever!



10) Ambil air sembahyang.
- Bila kite nak marah, ustaz saya cakap. syaitan bukan main kipas api kemarahan kita. Kalau kite nampak, dah macam kipas satay dia punyer bersungguh sungguh kipas. Jadi nak padam sebelum satay tue jadi hangus (keadaan jadi lebih teruk) kita simbah dengan air sembahyang. Kalau tengah marah tepi kolam renang, terjun terus. Habis cerite.

11) Duduk jika berdiri. Baring jika duduk. Buat kuak kupu kupu jika baring.
- Dah selalu dengar kan? Kalau marah ketika berdiri, sila duduk. Kalau tengah duduk, sila baring. Tapi jangan buat dalam supermarket or tengah beratur beli tiket wayang. Almaklum lah...marah penat menunggu.

Itu sahaje untuk mengisi masa terbuang saya di cuti semester iniyh. Terima kaseh puan puan.