Wednesday, November 17, 2010

Susah Senang mempunyai HATI & PERASAAN

Saya selalu terfikir, kenape saya dilahirkan sebagai MANUSIA.
Bukan Gunung atau Pokok.
Yang tak berape hensem seperti monyet atau ikan pirana.
Yang comel sikit seperti penguin atau kucing parsi.
Yang agak malas seperti ular sawa dan badak air.
Atau yang sewaktu dan senyawa dengan nya.

Mereka mereka sangat chill. Hidup in PEACE and LOVELY.
Lain kali kau nak rampas pisang aku lagi tak?
Cube tengok monyet, dia rampas pisang kawan dia. Still kawan lagi. Bertenang jer maen lompat lompat same same.
Kalau manusia?
Hoh, kau rampas boyfren/gurlfren aku yea..? hah! siap lah. Taip status kat fesbuk. Buat Blog khas untuk dia. Pergi memaki hamun si perampas. Sebab bengang yang datang dari hati dan perasaan.

If ada se ekor singa jantan yang merampas kawasan se ekor singa jantan yang lain. Paling paling pon singa yang kalah pergi lari membawa diri.  Meneruskan hidup baru dengan penuh keredhaan. Tak tahu lah beliau datang balik untuk second revenge. Tapi selame tengok Discovery Channel tiada pon fakta atau maklumat macam tu.

Kalau manusia?
Hah, terjadi lah macam macam perang. Rampas merampas kuasa. Heboh nak meluaskan empayar. Yang tak pernah habis habis dari dulu sampai sekarang. Dan tak tahu lah sampai bila nak habis. Mungkin kiamat jer kot boleh buat diorang berhenti berperang. Semua datang dari hati yang busuk, perasaan yang dah tak berape nak jadi manusia. Perasaan asyik nak balas dendam, dengki mendengki setinggi bangunan pencakar langit negara masing masing, tamak haloba nak mampus, bangang tak sudah sudah asyik nak bunuh spesis sendiri.
Sebab hati dan perasaan kan..? Sebab akal yang tersepit letak kat bontot. Bukan dekat kepale, jauh lagi dekat hati.

Pelik kan tengok kes kes buang bayi ?
Konfem lah MANUSIA yang buang.
Jangan buang saya. Saya bukan bayi manusia.
Ada HATI, PERASAAN dan semestinya AKAL.
Diorang niyh dulu, time bercinta. Puahhh, bukan maen jaga hati dan perasaan masing masing.
Demi menjage hati kekasih, apa sahaje sanggup ku relakan. Okeyh, fine lah. Kau nak 'enjoy', tu lantak kau.
Kubur kau, amalan kau. Yea, faham.
Tapi kenape dari awal tak nak guna AKAL fikir camne nak jage bagi tak terbuat perkare yang tak berperi kemanusiaan.
Letak lah akal no 1 dulu.
Hati yang berbunge bunge bercinta no 2.
Dan perasaan nafsu yang last.
Jomlah kaum hawa yang membace entry nie same same berdoa dan rase takot untuk membunuh spesis dan darah daging anda sendiri.
Atleast perasaan takut untuk termengandung boleh jentik hati korang untuk lebih berjage jage.
Aku bukan lah nak menggalak kan maksiat. Tidak juga menyokong perbuatan berzina. Tapi aku cume mampu menaip berdasar kan arus zaman aku yang penuh dugaan dan cabaran ini.
Godaan syaitan pon dah semakin canggih selaras kecanggihan zaman masa kini. Tak begitu En. Syaitan...? haha.

Sebab ada hati dan perasaan lah kita selalu frust dan bengang.
Cuba bayangkan, terjatuh hati dengan boyfren/gurlfren orang..? Haish. rase macam nak cabut jer hati ini bagi tak leh kepale nie asyik dok terfikir 24 jam.
Kalau dapat hati yang baik, perasaan yang seimbang...mungkin lah tak merancang dan berniat menyusun strategi merampas.
Kalau dapat yang suke pepatah "Best Man Win" ? Kesian kan ketiga tiga nyer...? Okay lagi lah yang menyusun strategi secare SUCI&MURNI. Kalau dapat strategi yang berlandaskan perasaan jubo nak jugak minah/mamat tue..? Haa.. fikirlah sorang sorang. Nak ajak member berdiskusi sekali pon tak pe.

Tapi kan...,
kalau takde HATI, PERASAAN dan AKAL. Mesti bosan kan hidup sebagai seorang manusia...?

Yelah, tengok gunung dengan pokok tadi. Hari hari lalui perkare yang same. Tempat yang same. Keadaan yang same. Gunung berapi gempak sikit lah.. sebab kadang kadang dia nak interframe, dia gie muntah merah pulak. Kita manusia muntah hijau jer ade. Agak agak nyer lah..kalau diorang boleh bercakap. Diorang jeless tak tengok manusia?
Same lah dengan makhluk laen selain manusia. Chill sentiasa pon bosan gak kan? Balik balik buat perkare yang same. balik balik buat same same. Asyik nak taip same same, mesti ada balik balik.

Sukatilah pon takde motif tetap untuk entry niyh. Sebab aku sukeHATI nak taip plus melayan PERASAAN bosan yang melampau. End.
H: Kenape kita bercinta pulak niyh? bkn tak boleh ke?
 OU: i kan nak jadi MANUSIA, 

mmg lah kena buat benda benda yang sepatutnya tak boleh buat. haishh. .