Monday, December 5, 2011

"Tok Bomoh, tolong saya ..."


Di suatu malam Jumaat yang sungguh menyeramkan, Peah (bukan nama sebenar) telah bernekad untuk pergi ke Niyang Rafali (bukan tempat sebenar ; Niyang Rapik juga bukan tempat yang di maksud kan) Tujuan beliau hanya satu. Untuk memenuhi hasrat dari pewaris pewaris sebelum nya.. Tapi kali ini dengan cara yang berbeza ...

Telah berpuluh puluh dukun, pawang, bomoh serta ahli nujum beliau temui untuk meminta pertolongan memenuhi hasrat di hati

Namun.. semua nya hampeh belaka, sorang pon takde power macam power rangers. Asap jer berkepul kepul, dah macam jelebu. Tapi.., habuk pon tarak !

Dengar dengar, bomoh yang niyh tererrr. Masuk TV. Siap ada drama bersiri lagi. Konfem terrer !


So, kami bawakan khas kepada anda perbualan mereka berdua :

Peah : "Tok.. tolong saya tok.. saya dah tahu nak buat macam mana lagi niyh..."

Tok Bomoh : "Atok boleh tolong, tapi sebelum tu...tolongg" (di pintas percakapan beliau oleh Peah)

Peah : "Hah! saya dah tahu ! Pengeras ? Jangan risau Tok.., saya dah bawak ayam Kenny Roges niyh. Niyh.., minuman kerass pon ada sekali. Gerenti hantu suke."

Tok Bomoh : "Tolong cerita dulu..., ape benda nak di tolong nyer... haishh"

Peah : "Ok camniyh Tok.. Dulu dulu, tok moyang saya ada bela Harimau Jadian. Saka pewaris lah niyh.

Nak di jadikan cerita, turn saya lah pulak lepas niyh untuk bela binatam tu. Hari tuh, saya dah mintak tolong Tok Imam untuk buangkan..berjaya buang dah, lepas tu...." (Tok Bomoh mencelah pulak)

Tok Bomoh : "Eh apesal yang tu mintak tolong Tok Imam, yang niyh mintak tolong Tok Bomoh pulak ?"

Peah : "Sebab yang halal mintak tolong dengan guru ajaran agama, yang haram mintak tolong dengan guru ajaran sesat.."

Tok Bomoh : "Cessss, ok. Sambung balik "

Peah : "Episod 2 sambung enh.. Ok ok. Pastu, saya dah tukar fikiran. Saya dah fikir masak masak. Saya nak balik Harimau tu.. tapi tak nak harimau yang macam hari tu, yang niyh versi power sikit. Cuma yang niyh susah lah Tok nak dapat ...takde orang bela"

Tok Bomoh : "Huh ? Kau nak Harimau ape ?"

Peah : "Alaaaa Tok niyh, tak kan tak tahu.. Femesss giler sekarang niyh. Tuuu.. saya nak Harimau Malaya..., Heeeeeee..

Boleh tak Tok tolong?"

Tok Bomoh : "Hurmmmmm (sambil tangan mengusap ngusap janggut) Nak yang Jejari Runcing ke, nak yang belum amik SPM ke, nak yang Muslim or nak yang Tamil or nak yang Guru macam atok or nak Yong hensem?"

Peah : "banyak sangat or atok niyh.., haaaa... saya nak semua 11 sekali...."

Tok Bomoh : "Atok tilik tilik niyh,... kau tak boleh dapat lah..."

Peah : "Sebab ape tak boleh dapat pulak ???"

Tok Bomoh : "Sebab kau takde Ong. Kalau kau bela, suwey sepanjang zaman hidup kau. Sekali 11 Harimau Malaya tu suwey kalau kau bela. Takde Ong, tak boleh ada Harimau Malaya.."

Peah : "err.. watever. dah agak dah tak boleh..zzZzzzZZzzz~"

Maka sejak episod itu, Peah tidak lagi bermimpi untuk meneruskan hasrat di hati.. sekian terima kasih.