Friday, June 21, 2013

Imaginasi Nakal


Aku tibe tibe ade mood nak taip entry niyh lepas dapat inspiration tengok cerita After Earth.
Mungkin lepas kau habis bace entry niyh kau rase macam tak ade kene mengena, kena tapi sipi sipi atau e'eh betul lah. 

Sape sape yang belum tengok After Earth, boleh lah layan. Aku bagi 3 bintang dari 5. Jalan cerita simple tapi cara penceritaan variasi.

Ok, dalam After Earth niyh, ade satu teori yang aku rase betul and siyesly aku suke.
Will Smith bagitahu yang ketakutan ini sebenar nya tak wujud. Ianya pilihan. Yang wujud kan bagi dia muncul adalah otak kita sendiri. Kenapa kita perlu rase perkara itu ada pada sesuatu yang sebenar nya langsung tiada?
Faham?

Ok macam niyh, selalu nya kalau korang kena tinggal rumah sorang sorang, waktu malam pulak tu, ape yang terlintas kat fikiran korang? Ofkos lah cerita Pontianak Harum Sundalnya Malam niyh. Time time niyh semua cerita hantu Thailand, Jepon, Korea macam flashback jelas jelas bagi korang ingat.

Cerita hantu melayu mungkin lah tak berape berjaya menyeramkan situasi time tu. Sebab ape, hantu melayu niyh, hantu dia yang menjerit lebih. Korang tak jerit jerit pon tengok dari tadi. Kalau hantu omputih pulak, tak takut sangat sebab kadang kadang seksi benau. Hantu pon seksi. Yang kena kejar hantu tu lagi lah parah seksi. Mana satu nak fokus niyh? Peha dia ke hantu? Hahaha. *eh even aku perempuan, aku suka je tengok kaki perempuan cantik, kurus halus mulus niyh. Atleast, boleh pasang angan nak kaki kurus macam niyh. Kau nak pelik ape aku tak dapat fokus? Haha!

Ok, berbalik pada teori After Earth niyh tadi, kau rase betul kan kau tengah wujud kan benda yang tak ade di sekeliling kau?

Tengah drive sorang sorang, lalu pulakkkkkk depan kubur, malam gelap gelap gelita gitu..time niyh lah kau rase macam ade orang jer tengah duduk kat seat belakang. Tumpang sekali nak balik rumah kau... Padahal memang tak ade sape sape tumpang niyh.  


Yang perempuan pulak, *yang niyh aku selalu terfikir. kuikui
Time tengah syok syok mandi malam, almaklum lah sebelum jerebu datang melanda kita.. Malaysia niyh hotttttttuii betul. *salah kan global warming. Kalah Megan Fox hot nye. Mandi malam sebelum tidur memang syok giler. 

Sebelum masuk bilik air, tak ingat pape pun., tengah sikat rambut tu..tibe tibe rase apasal rambut aku panjang semacam niyh? Time tu lah nak sentap. Cepat cepat tarik rambut tengok betul betul. Haha. Saiko habis.
*Nak join korang mandi sekali

Lepas tu, kalau tidur sorang sorang, rase tak lawas jer kalau kaki niyh terkeluar dari selimut. Penangan cerita Paranormal Activity, takot orang tarik  kaki lew tueee...

Dari yang aku bagi contoh kat atas niyh, korang nampak tak sebenar nya satu pun tak pernah berlaku secare betul dan wujud ?

Mana ade orang tumpang kereta kau time lalu depan kubur. Orang dalam kubur tu tengah sibuk lagi di soal siasat Malaikat. Otak tu yang ligat pergi wujud kan hantu kat belakang kereta. 
1 benda yang betul betul aku pegang sampai sekarang ialah :

"Macam mana susah manusia nak masuk dunia hantu, macam tu lah susah nye hantu nak masuk dunia mausia. Macam mana susah kau nak carik dan jumpa alien, macam tu lah jugak kau susah nak jumpa hantu

Bukan tak jumpa ok. Susah dan sangat sangat lah jarang.
Aku bukan tak takot langsung, tapi kalau percaya macam niyh lagi menjauh kan diri dari takot tak pasal pasal.
Hantu kat dunia realiti jauh giler beza dengan dalam movie. Dalam movie tu semua bullshit. Kejadah hantu makan orang atas kereta.

*Cerita hantu makan orang atas kereta

So betul lah kata Will Smith, ketakutan tu adalah perkara yang tak wujud, kita yang wujud kan bagi dia ade. Otak kita yang create. Kalau kita bertenang dan kosong kan fikiran, kau agak agak kau takut tak?

Ok, maybe agak susah lah kau nak kosong kan fikiran. Drive sorang sorang, lalu depan kubur pulak tu. Memang tak de benda lain nak terlintas. Kita boleh cuba ingat benda lain. Mula mula sekali lalu tu bagi salam macam biasa. Dalam hati. Jangan sebut kuat kuat dalam kereta pulak, takot betul betul ade yang tolong jawab salam kat belakang. Kuikuikui.

Almaklum lah, orang beriman Tuhan memang suke bagi ujian. Uji tanda sayang kan.
Macam uji boyfren jeles ke tak niyh uplod gambar bajet cecomel, pastu laki laki komen cute cute cute. Haha. Tet!

Ok, *suke kan kau lari topik?
Lepas dah bagi salam tu, dari kau takut hantu, baik kau fikir..takut nak mati. Dah dapat pahala menginsafi diri.

So semua perkara yang berkaitan takot ade hantu lah.. tak ade pon sebenar nya. Otak kau yang nakal sangat nak troollollol wujud kan hantu. Silap silap bantal peluk pon kau nampak macam pocong.

Tapi tapi, macam mana kalau kau jumpa perkara yang tak ade penjelasan?
Ok, aku bagi contoh. 
Kau tengah golek golek kat carpet, tibe tibe kau jumpe satu rambut panjang betul, siap warna putih. Agak agak kau nak tukar imaginasi yang tu rambut blonde Beyonce terbang sampai rumah kau tak? 

Kau pernah tak, radio stop tibe tibe time tengah syok syok berbunyi ? Pastu jantung kau dah benti sekejap sebab terkejut...dia sambung balik ade bunyi. Yang kau pelik, time kau duduk rumah sorang sorang lah radio niyh nak main pause pause. Time niyh, takyah takot. Mencarut habis habisan. Nak hempas radio pon silakan. Lega sudah. 

And last sekali, Ramadhan yang semakin menghampiri niyh... memang mengajak kita kemas rumah awal awal. Takde sape nak cat rumah time puase kecuali aku lah tu, 2 tahun lepas punye kes. 
Tahun niyh, awal awal dah siap cat. 
Alkisah nya......,
Pelik tak kau jumpe tapak kaki pada dinding...? Bukan kat bawah tau. Kat atas. Kalau ceiling ade tapak kaki mungkin aku dapat tipu lagi perasaan aku. Ini entah entah indon kontrak terpijak sebelum dia pasang.


Tapak kaki macam ade 4 jari pulak tu. Sebelah tapak kaki jer jumpe. Haish haish. 
Cat jelah buat buat buta. Malas nak fikir.


Jadi kesimpulan nya, sebelum korang nak takot takot niyh, brainwash otak sikit dengan ingat video kpop. Konfem tak takot dah pastu. Yang lelaki, ingat gwiyomi Nora Danish.
Pilih untuk tidak ingat benda yang make you fear. Pilih untuk jangan ingat benda yang menabah kan lagi intense keadaan yang dah sedia ade. Faham tak? Fear is a choice. 

Aku kalau tibe tibe rase takot, aku ingat cerita Transformer. Bila lah nak dapat pakai kereta boleh tukar tukar niyh. 

"Your mind is the keyboard which is you are the only one know what you want to Google for"

Sekian. 

Thursday, June 13, 2013

CEREWET ke? #2

8 tahun yang lepas aku janji nak sambung cerewet part 2, ingat ? So ini lah dia.

Ok, this time will be an entry with full alphabetical without a picture.
I'm sorry guys.., I'm maybe lack of diligent. *can't admit i'm such a lazy. XD

As I promise, *did I?
This will me my garrulous according to me. Ah Ha.

Boleh tak kalau kita kita ask a few question pasal cerewet and kita jawab balik semula? Boleh!
In some part of a good side being or be or wannabe garrulous is you have to be is : DISIPLIN.

Yaa.. Cuba kenang balik zaman dulu dulu time sekolah.
I remember a ton of stupid things you can't do and you can do.
And even if i think about it back, some are ridiculous.
Why on earth they been thinking ???

1. CEREWET on JOB/ASSIGNMENT/TASK

- Kalau kau punya boss, nak sebijik macam tu. Jadi kena siap kan sebijik macam tu. Even margin lari 1 inci pon diorang akan perasan and akan bising. Ada yang suruh buat balik. Yeke? I don't know. I never had such a fussy boosssss.

So, this part memang leceh. Memerlukan kita kena focus on each details.
Dapat dapat lagi, sangat rase membebankan bila kita seorang yang simple, tak kesah sangat or jenis cincai je. Caiboncaiii!
So memang rase nak maki sebab tension. APTB.

But, bila kita almost hari hari hadap orang macam niyh, especially orang yang dah berumur dan dia seorang wanita. Ops, sorry.
*Memang betul pon..perempuan lagi leceh dan cerewet berbanding lelaki.

Kenapa hari niyh dia pakai kasut tumit tinggi 1 inci?
Aku suruh pakai 1 setengah inci. Hurmmmm..
Kita akan perasan yang bila kita cerewet pada hal hal yang memerlukan kualiti, kita akan dapat the best.
So this is the good part jadi cerewet atau bahasa indah nye ialah disiplin.

Tapi pelik kan, selalu nya kita pergi pejabat awam, ape ape yang berkaitan dengan awam *tapi bukan tandas awam.. bukan main leceh nak going each procedure. Orang yang assist kita pon leceh betul nak deal. Rase macam tak sanggup nak hadap lagi. Tapi kualiti diorang hasilkan hampeh jugak.
Procedure bukan main leceh. 
Sepatutnya, procedure cerewet, hasil ok lah. Tak mengharap pun nak yang gempak.
*hek eleh..

Ok, back to the topic.
Actually maybe ada lagi part part yang bagus jadi cerewet, just nak ambil yang paling ketara.

2. Keperluan, Kehendak atau Mengade Ngade ?

- Haha. Ada beza ke 3 perkara niyh? Sikit lah kot beza nya.
Macam keperluan, contoh macam boss tadi lah.
Dia perlu jadi cerewet untuk memastikan kualiti kerja anak buah dia buat bagus, so dapat payment then boleh lah bayar gaji pekerja dia yang merungut bos ni leceh, bos niyh cerewet lah. kan kan?
Kalau apply kat parents, aku tak nak panggil cerewet.
Lebih nampak gud gud panggil discipline kan?

Tapi ada satu kes kat tempat aku niyh. Alkisah sebuah family...
Petang petang magrib macam tu, anak anak diorang akan mengaji, sembahyang dan duduk bersimpuh bersama sama memuji Tuhan Yang Maha Esa. Dah bagus dah part niyh. Alhamdullilah...

Sesiapa sahaja yang buat phone call time niyh memang sama sekali tidak akan di layan. Memang tak akan angkat lah. Sampai pukul 9 malam macam tu.
Tak kira lah phone rumah atau handphone. Sebab motif nya dia tak nak sesiapa pon orang menganggu ketenangan famili beliau pada masa masa macam ni.

Nak di jadikan cerita, abang kepada si polan (*Kak Tipah nama di beri) yang tak nak angkat call time niyh.. accident motor. 
Jadi mungkin lah berdering dering telefon rumah dia orang col untuk memberitahu hal tersebut.

Tiba tiba, telefon rumah aku pulak yang berbunyi.. 

Jiran prihatin 1: "Assalamualaikum..niyh rumah kak Ati ke?"

Mak aku : "Hello, Wa'alaikumusalam. A'ah sape niyh ?"

Jiran prihatin 1 : "Kak Ati tinggal lagi dekat rumah taman rumbia tu?"

Mak aku
: "Tak pindah lagi pon haaa.. duit takdo nak boli rumah baru. (*Ok tak, mak aku tak cakap macam tu.Saje tambah)

Jiran prihatin 1 : "Saya niyh haa.. Jiran si Leman (*tidak menggunakan nama sebenar).
Dia accident. Dah dalam bilik ICU. Masalah nya, waris dia Kak Tipah tu.. saya telefon banyak kali nak beritahu abang dia masuk hospital.. Tak de sape angkat. Last saya telefon. Terus tak dapat. 

Mak aku : "Lahh yeke.. Masyallah. Dah niyh nak suruh tolong bagitahu dia lah niyh?"

Jiran prihatin 1 : "a'ah..harap boleh tolong lah yea. Terima kasih banyak banyak"

Jadi mak aku pon bergegas lah siap nak pergi rumah Kak Tipah niyh. Konfem lah aku jadi mangsa nak bawa mak aku pergi. Rumah Kak Tipah niyh tak lah jauh. Tapi jauh lah jugak kalau berjalan kaki nye.

Sampai depan pintu rumah, mak aku banyak kali bagi salam. Aku tengok, kipas memang tengah berpusing pusing. Ade dengar suara orang mengaji lagi.. Tapi memang dah 5 minit bagi salam, tak de siapa yang keluar.


Aku yang jadi panas hati tengok mak aku terjerit jerit bagi salam. Aku cakap, biarkan jelah. Pekak badak sangat.

Mak aku cakap tak baik aku niyh. Memang betul aku jadi kejam sekejap sebab bengang tengok mak aku terjerit jerit bagi salam.

Lepas tu, meh siniyh turn aku pulak bagi salam.

Aku menjerit lah sekuat hati. Sampai jiran sebelah pon keluar. Aku cakap dalam hati, cukup 3 kali aku bagi salam, dia tak keluar, memang aku heret mak aku balik. Cehhhh. Besar nampak?

Mujur kali ke dua, Kak Tipah niyh keluar.

E'eh bukan main mencuka masam air muka dia. Ade jugak dia pon duduk ICU sekali niyh.
Belum sempat dia tanya nak apa. Aku cepat cepat cakap.

"Kak tipah, abang kak tipah excident motor dah nak mamp**SSSS kat hospital tu. Angkat lah telefon tu lain kali. Menyusahkan orang lain nak datang menyembah depan rumah kena bagitahu apehal." (*ok yang niyh tipu jer. kuikuikui)


"Kak Tipah, abang kak tipah accident,ada kat hospital Melaka. Balik dulu"


Terus aku ajak mak aku balik. Mak aku pon macam terpinga pinga. Aku start motor, aku press press bagi mak aku naik cepat. 

Mak aku sempat jugak lah bercakap sekejap. 
Aku just dengar bias bias "telefon tak de orang angkat. masuk ICU dah.."
Time bailk tu, mak aku tanye. Akak marah ibu ke? Aku cakap eh tak langsung. Tak suka ibu terjerit jerit macam orang hape depan pintu orang pekak macam tu. 
Keluar rumah bagi muka taik tunjuk kat kita. Puii.
Mak aku tergelak jer. Mak aku cakap, diorang memang macam tu 1 family. Ibu dah lama tahu diorang tak layan sesiapa pada waktu magrib. 

Lepas tu aku jawab, kalau nak buat style bolok tu, jangan menyusah kan orang. Bukan berdosa pon angkat telefon sekejap. Takde lagi orang bahlul nak ajak berborak tengah tengah magrib. Tu hah, abang dia ajak berborak kat ICU. 


Mak aku terus ketawa kecil. (macam dalam novel dah ayat haku niyh)

Sampai jer rumah, Kak Tipah tu terus telefon mak aku. Entah ape dia cakap. Aku dengar mak aku cakap "Takpe takpe.. tak ade ape lah.. "

Hush!



CEREWET PADA HARGA/KUALITI

So kita perlu bataskan cerewet yang macam mana kita boleh di terima and kita pon terima.
Kalau harga Nasi Goreng tu RM3.80 siap ada sotong, tak yah mengade nak tambah kicap lebih lah. Tak nak sayur warna warni, sayur lain takpe bla bla lah.
Haha.

Kalau seluar setakat dekat supermarket biasa, rase nye macam tak perlu cerewet macam kau nak beli beg tangan harga serupa isteri PM pakai. Contoh aje. Okeeyyyy.

Benang lebih lebih pergilah balik rumah gunting sendiri, jangan nak mengade ngade suruh sales girl tu cari seluar yang takde langsung lebihan benang. Hello, ini TESCO ok? Bukan JPO.
Ini semua kes cerewet mengade lah niyh.


Ade banyak lagi contoh cerewet yang kadang kadang dia lebih annoying dari tengok music video artis melayu kita buat. Macam nak tak nak jer buat music video. huh.

Ok, sampai sini jer aku nak ulas. Sebenarnya jauh lebih mampu lagi nak menaip banyak banyak tapiiiiiii....malassss.
K bai.