Thursday, June 2, 2011

Hantu Buih (Wajib Tayang)


Sinopsis :

Maya (selalu nya memang bukan nama sebenar) seorang pekerja kilang biasa mempunyai hobi yang pelik. Hobi yang akhirnya memakan diri ini sebenarnya sangat gempak untuk di buat trailer movie. (eh?)
Maya yang sering pulang lewat malam (memang kena malam, siang siang hantu tak keluar) suka membasuh baju dan menyental kasut jogging di tengah tengah malam bersama sabun basuh kegemaran beliau, Johnson&Johnson.

Rakan nya Luna (juga bukan nama sebenar) telah menasihati beliau supaya mencari hobi lain seperti mengumpul sugar daddy di sekeliling pinggang. Namun tidak di endahkan beliau. Peter (sekali lagi bukan nama sebenar) kekasih gelap kepada Maya
(memang semua kena gelap. Kekasih pon kena gelap, baru lah seram belaka) sering mengusik Maya dengan berseloroh :
"Jangan basuh baju waktu malam malam, nanti hantu buih datang, main cak cak dengan awak..heee"

Benarkah hantu buih yang di katakan Peter akan muncul? Berjaya kah aksi membasuh kasut jogging sambil berkemban menarik hantu buih untuk melafazkan seru keramat beliau :

Saksikan lah filem paling seram abad ini. Di bintangi : Bintang RTM TV1 dan Bintang Kecil TV9.
Diterbitkan oleh KruKuasa2 (Gempak Trailer production) yang sebelum ini berjaya menerbitkan filem hakptuih Karak Mu Kerek Kerek dengan kutipan mencecah 8 bilion. Tiket adalah percuma. Sila dapatkan tiket percuma di www.panggungwayangabahkau.com. Datang lah beramai ramai!
Penaja bersama oleh :

Komen komen artis tempatan :

Artis 1 : "Filem ini lain dari yang lain. Tidak seperti selalu, kebanyak kan hantu boleh makan manusia. Atau lebih stail makan manusia atas kereta.. Filem niyh hantu tak makan manusia just maen cak cak. Stylo habesss"

Artis 2 : "arr..no komen..."

Artis baru nak up : "Saya berharap akan dapat berlakon bersama sama dalam filem "Hantu Buih 2". Memang impian saya sejak berkencingpong dalam bidang seni untuk berlakon di bawah arahan Farid Kumis. Kepada mak abah di rumah, kejayaan filem seterus nya untuk mak dan abah. i lap yu."

Komen dari aku :
Sejak beberapa hari yang lepas, mak saya dengan selamber ajak saya teman layan cerita hantu kat Astro First yang telah di CD kan oleh lanun cetak rompak. Sebabkan takot jadi anak derhaka saya turuti perintah beliau walau pon sekejap lagi pasti saya akan malu tersipu sipu melihat filem seram melayu yang rase macam nak lempang orang sebelah.

Untuk filem Karak : Pergilah sambung buat Merong Mahawangsa 2. Tak sopan langsung hantu. Ade pulak makan orang duduk terkangkang atas kereta. Memang seram gilerrrr! Sampai terpakse simen bulu roma yang tak berhenti henti meremang dari semalam. Haaaaa...

Untuk filem Seru : Lepas niyh, peragut dengan perogol dah boleh takut bin cuak bila perempuan kena rasuk, guna jari jemari pon boleh mati kan orang. Cakar cakar dua tiga kali, pastu mati. Tadaaaaa..~Hebat! Untuk plot cerita dan yang lain lain okey lah. Even ceter omputih Quarantine macam tiru ceter korang. Kan kan?

Untuk filem seram yang sewaktu dengan nya : Bosan lah cerita niyh. Boleh tuju lagu..?

Perlu ke pengarah pengarah kat Malaysia niyh berpusu pusu buat cerita hantu/seram? Cukup cukup lah dengan ape yang ada kat TV. Semua nak seram.. bila nak maju niyh?
Okeylah, aku tanya lecturer aku.. itu semua strategy business. Memang dah berpakat if musim cerita hantu...semua cerita hantu. Musim cerita cinta.. semua cerita cinta. If tak, nanti tak selaras and tak laku pulak filem yang out of range or skop. owhh.. Agak agak bila nak keluar musim filem yang berkualiti sikit? Bosan lah seram. Bosan weihhhhhhh.

p/s : Parody jer niyh. Tapayah nak melenting sangat? Okeyh?

6 comments:

  1. jawapan utk persoalan tu, ko kene tunggu musim keluar filem berkualiti k???

    btw, tu hantu yg peymes time skolah menengah kan? especially boarding school student. hahaha~

    ReplyDelete
  2. daya imaginasi anda sgt mantap... mungkin bleh jd script writer lps grad nanti...(in-case klau xdpt keje yg best²....)

    ReplyDelete
  3. pojie : you perli i ke ape niyh? ;P
    penulis boleh, script writter mcm tak dannn.. je. haha.

    ReplyDelete
  4. i rase u ada bakat jadi pelakon "jari hantu sape tunjuk kat aku?"

    ReplyDelete
  5. baeklah sheikh (baru nak bls setelah bkurun lama)

    ReplyDelete